BN MENGGANAS DI BUKIT SELAMBAU, POLIS TEMBAK GAS HENTIKAN CERAMAH PR

Hari ini Kerajaan BN mengumumkan bahawa akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta.

Malam ini pula Kerajaan BN menggunakan Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Menurut laporan Harakahdaily, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon Keadilan Bukit Selambau kepada hadirin.Berikutan itu, lapor Harakahdaily, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani, terpaksa dibatalkan.

Difahamkan empat orang ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Ternyata BN sudah tidak dapat membendung sokongan rakyat kepada PR sehingga tergamak bertindak ganas dan zalim kepada rakyat yang mahu mendengar ceramah PR.

Saya yakin rakyat akan lebih membenci BN dengan tindakan kejam sebegini. Tunggulah rakyat akan menghukum BN pada 7 April ini.

Comments