BN GAGAL DAPATKAN SATU LAGI KERUSI PARLIMEN IKUT PINTU BELAKANG

PUTRAJAYA: Usaha BN untuk mendapatkan satu lagi kerusi Parlimen secara percuma gagal apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Kuching yang dimenangi oleh wakil DAP, Chang Chieng Jen hari ini.

Mahkamah menolak rayuan pengundi terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya tahun lalu.

Pada 25 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuching mengetepikan dengan kos petisyen bagi mencabar pemilihan Naib Pengerusi DAP Chong sebagai Anggota Parlimen Bandar Kuching pada pilihan raya umum 8 Mac.

Dalam pertandingan itu, Chong memperoleh 22,901 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Sim Yaw Yen dalam pertandingan satu lawan satu.
Nasib baik Hakim Mahkamah masih dapat berfikir secara professional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak jika tidak BN sudah pasti akan berpesta sekali lagi hari ini setelah mereka berkabung lama selepas kekalahan 8 Mac 2008 lalu.

Comments