BAHANG PANAS PPSMI AKAN 'MEMBAKAR' BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU

Api kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN yang menzalimi aktivis dan pejuang bahasa pada 7 Mac lalu sukar untuk dipadamkan. Tindakan kerajaan BN menggunakan Polis untuk berdepan dengan pejuang bahasa merupakan suatu kezaliman dan kesilapan besar.

Pejuang Bahasa Melayu dan rakyat semakin muak dan meluat dengan kerajaan BN yang ternyata melengah-lengahkan keputusan samada ingin meneruskan PPSMI atau sebaliknya.

Walaupun Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sudahpun mengarahkan ianya dipercepatkan (keputusan menerus atau menghentikan PPSMI), namun Menteri Pelajaran iaitu orang kuat dan suku sakat Najib, Hishamuddin ternyata mempunyai agenda sendiri dengan melambat-lambatkannya. Seolah-olah ada rahasia disebaliknya.

Kalau kerajaan merasakan dengan tindakan biadap dan kejam 7 Mac lalu, pejuang Bahasa dan rakyat akan serik untuk berjuang, maka ramalan kerajaan BN itu meleset. Ini kerana ternyata Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) semakin bersemangat untuk meneruskan kempen memansuhkan PPSMI ini.

Hari ini Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.

Mengulas mengenai perkara tersebut, timbalan setiausaha GMP Suhaizan Kaiat menambah selain untuk berkempen, ia ke sana untuk “membalas jasa” penyokong-penyokong yang hadir dalam demonstrasi Sabtu lalu."Kita akan ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk berkempen berhubung isu PPSMI dan membalas jasa mereka yang hadir (dalam demonstrasi)," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Comments

saji said…
KENAPA TIMBULKAN BANTAHAN (PPSMI) 'SEKARANG'? Tanya Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein dua hari yang lalu.

Bagi umat Islam, jawapannya perlu dilihat dari sudut kaedah perundangan Islam 'masalih mursalah'iaitu kaedah umum menentukan hukum bagi perkara dan masalah yang tidak diterangkan dengan jelas di dalam al-Quran, Hadis, Ijma' dan qias bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan masa depan umat dan agama Islam di negara ini seperti di bawah:-

Tidak ada bantahan PPSMI 'dulu' iaitu ketika kerjaan UMNO/BN memperkenalkan PPSMI dulu kerana;

Pertama; majoriti umat Islam -Melayu di negara ini telah berjaya diyakinkan oleh kerajaan UMNO/BN dulu bahawa, PPSMI lebih mendatangkan banyak kebaikan dan manfaat daripada keburukan dan kemudaratan kepada umat Islam-Melayu, berbanding dengan meneruskan PPSMBahasaMelayu, yang dari sudut 'masalih mursalah', ia suatu tindakan yang diharuskan.

Kedua, memberi peluang hukum 'masalih mursalah' tersebut berjalan, dengan maksud kerajaan UMNO/BN perlu membuktikan kebaikan dan manfaat PPSMI kepada umat Islam-Melayu dalam tempoh waktu yang diharuskan itu iaitu 6 tahun.

Tetapi, 'sekarang' ia dibantah kerana, pakar-pakar dan pejuang bahasa Melayu di bawah GMP telah dapat membuktikan kepada kerajaan UMNO/BN daripada pelbagai sudut bahawa, PPSMI lebih banyak membawa keburukan dan kemudaratan kepada umat-Islam Melayu di negara ini, yang dari sudut 'masalih mursalah' tersebut, mejadikan pelaksanaan PPSMI tersebut bertukar daripada harus kepada haram.