AZALINA DAN PEGAWAINYA SUDAH TENTU BERSIH DAN SUCI

Saya menasihatkan SPRM dan pegawai-pegawainya supaya tidak membuang masa menyiasat Menteri Pelancongan dan Pegawai-pegawainya kerana kesemua mereka sudah tentu bersih dan suci. Mereka sudah tentu tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana sebagai pemimpin Umno mereka seolah-olah maksum.

Tidak perlulah pegawai-pegawai SPRM berlakon dan kelihatan bersungguh-sungguh melakukan siasatan. Ini kerana jika ada pun bukti dijumpai sudah tentu akan ada 'tangan-tangan' ghaib yang akan menjadikan bukti tersebut tidak relevan ataupun nanti ia diklasifikan sebagai bukti tidak kukuh dan tidak perlu didakwa.

Namun jika kes yang melibatkan bukan pemimpin Umno maka bersiap sedia orang yang dituduh untuk naik mahkamah.
Media semalam dan hari ini melaporkan bahawa selepas seminggu menahan setiausaha politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menyerbu' pejabat Menteri Pelancongan di ibu negara pagi semalam.

Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen.
Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Datuk Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur.

Comments