AIR TANGAN NIZAR DIMUSNAHKAN : APA DOSA PLAK DEMOKRASI

Apakah dosa Plak Demokrasi sehingga ia dirosakkan. Plak itu yang diletakkan di bawah Pokok Demokrasi tempat bersejarah DUN Perak bersidang secara tergempar baru-baru ini adalah simbol perjuangan rakyat Perak menuntut hak mereka setelah disamun oleh kepala penyamun tarbus dan askar-askarnya.

Blog Cina Islam melaporkan ianya telah dirosakkan. Mengapa begitu sakit hati puak-puak dan juak-juak yang merosakkan plak tersebut. Apakah ianya menganggu tidur dan mimpi kepala penyamun sehingga tergamak mereka merosakkan plak yang tidak berdosa itu. Apa yang plak itu boleh lakukan. Ia tidak bernyawa dan tidak berdaya untuk menentang secara berdepan dengan kepala penyamun dan kepala merah yang bersenjatakan gas pemedih mata dan water cannon.
Menurut Blog Cina Islam beliau dimaklumkan melalui talipon oleh seorang warga Ipoh yang melawat tempat itu pagi ini.

Mengapa begitu zalim puak-puak dan juak-juak ini sehingga apa sahaja tanda sokongan kepada PR kalau boleh mereka ingin hapuskan.

Buatlah apa sahaja yang kamu boleh buat atas dunia ini. Kamu hanya boleh menghukum diatas dunia dengan sedikit kuasa yang ada.
Tetapi ingat kuasa itu tidak kekal lama, suatu hari kita masing-masing akan mengadap Allah di hari yang dinyatakan sebagai HARI YANG TIDAK BERGUNA LAGI HARTA DAN ANAK PINAK, KECUALI KAMU MENGHADAP ALLAH DENGAN HATI YANG SEJAHTERA.

Comments