Pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai mesti mengajar kesombongan, kebongkakan dan kezaliman BN kepada rakyat dengan memberikan kemenangan kepada PR dengan agregate 3-0 pada 7 April ini. Hanya dengan kemenangan itu sahaja akan memberhentikan sebentar kejahatan BN kepada rakyat.
Jika tidak BN akan terus menggunakan kuasa untuk menzalimi rakyat dengan menembak gas pemedih mata, water cannon dan menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka. BN juga boleh menarik permit surat khabar alternatif bila-bila masa yang mereka mahu tanpa alasan kukuh.
Saya merayu kepada pengundi ketiga-tiga kawasan supaya mendengar rintihan kami, undilah PR demi masa depan anak cucu, agama dan negara kita.
Jika tidak kita akan terus dipimpin oleh manusia tamak, ganas, zalim,rasuah dan sebagainya. Negara, agama dan bangsa akan hancur jika kita tersalah pilih.
Dengar rintihan dan rayuanku wahai saudara-saudariku pengundi Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Comments
Baru sebentar tadi gas pemedih mata dilepaskan oleh FRU kepada hampir 10 ribu orang yang berhimpun di padang awam untuk mendengar ceramah Anwar.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani ini bukan kali pertama.
Tok dah panas hati.Di KL,Kuala Terengganu dan banyak tempat lagi kekejaman polis jadi bualan mulut orang ramai.Kalau tak ada permit pun kenapa tak saman je penganjur ceramah.tak luakpun biar ceramah tu berjalan setakat sejam dua.Kalau ada unsur fitnah atau menghasut boleh dicatit kesalahannya.
Polis bukan milik UMNO sahaja tetapi berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Tok juga nak cadangkan bloggers cuba siasat atau paparkan skandal atau salahgunakuasa melibatkan pegawai kanan polis ni.Elok juga kekejaman polis ini dirakamkan dan dibawa kepada Amnesty International dan ke mahkamah keadilan antarabangsa.Ada yang cakap polis macam regim Yahudi.
NGO-NGO dan Bloggers semua kumpulkan sebanyak mungkin kelemahan dan kekejaman polis ini.Lepas tu kita mintak kerjasama Bar Council atau peguam-peguam Pakatan Rakyat dakwa mereka di mahkamah.Kes Kugan,kehilangan dadah di balai polis di Johor dan kematian seorang anggota polis secara misteri dan banyak lagi wajar disiasat.
Elok juga kita hantar memo kekejaman polis ni kepada Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong.Safe sikit tiap kali ceramah ada je askar kawal kita.Polis dan FRU tentu tak berani buat apa-apa.
Memang tak semua polis tu teruk tapi sebahagian kecil sahaj dah menjejaskan imej polis keseluruhannya.Cuba bayangkan kalau anak atau ahli keluarga korang sendiri kena sembur dan pukul dengan FRU.Apa perasaan korang?
Tok bukan kutuk polis tapi tindakan mereka ketika meleraikan demonstrasi dan ceramah tanpa permit cukup mengecewakan.
Cuba fikirkan sejenak kalau Pakatan rakyat memerintah negara ni.Tak mustahil bukan.10 tahun lepas gerakan reformasi hanya di jalanan tapi sekarang dah memerintah 5 negeri.jika polis bersikap seolah-olah memihak kepada UMNO,Tok percaya suatu hari nanti negara ini pula akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Time tu tok cadangkan kita buat Suruhanjaya di Raja untuk mengawal polis atau kita letakkan PDRM bawah kuasa Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong.Sama macam tentera.