AGENSI KERAJAAN DIGUNA UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN PR? JELIK DAN MENJIJIKKAN

Ini suatu yang menjijikan!!! Ini komen saya jika benar tuduhan ADUN Kampung Tunku, Selangor bahawa agensi kerajaan iaitu Agensi Keselamatan Kebangsaan dan Suruhanjaya Pilihanraya digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.
ADUN tersebut Lau Weng San akan membawa usul tergempar pada Sidang DUN Selangor jam 2.30 petang ini.
Lau mendakwa bahawa satu mesyuarat telah diadakan pada 26 Februari, yang dinamakan sebagai “Pelaksanaan Programme People Centric (sic) di Negeri Selangor” di mana ia membabitkan kedua-dua agensi di atas.
Dewan Undangan Negeri (DUN), Selangor menerima usul tergempar untuk membincangkan perlaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan negeri.

Pejabat tersebut terletak di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Usul Lau Weng San (Kampung Tunku) diterima speaker Teng Chang Kim berdasarkan peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan tetap Dewan kerana berkenaan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Dewan akan membincangkannya pada 2.30 petang ini setelah DUN berhenti rehat tengah hari.
Jika ianya benar maka ia merupakan suatu yang amat malang kepada negara kerana 2 agensi kerajaan yang sangat penting yang bertanggungjawab kepada keselamatan dan pilihanraya boleh diperkotak katikkan untuk kepentingan politik BN.

Saya merayu kepada Perdana Menteri supaya menyiasat perkara ini dengan telus dan adil sebagai suatu buah tangan akhir beliau sebelum berundur. Mengapa saya meminta beliau sendiri menyiasat? Ini kerana saya sudah hilang kepercayaan kepada SPRM. !!!!

Comments