Sarawak sudah 46 tahun merdeka di bawah Malaysia. Pemimpin BN cakap berdegar-degar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun, rakyatnya sejahtera dan moden.
Namun hakikatnya rakyat di DUN Batang Ai, Sarawak masih ramai yang bergelap tiada bekalan elektrik dan minum air telaga. Mereka ini seolah-olah dianaktirikan, sedangkan Ketua Menterinya Taib Mahmud mewah ke sana kemari dengan Rolls Royce dan lain-lain kereta berharga jutaan dan ratusan ribu ringgit.
Inilah kemajuan dan pembangunan yang diagung-agungkan oleh BN. Rakyat digula-gulakan dengan pembangunan yang sebenarnya tidak dikecapi oleh semua rakyat.
Sudah sampai masanya rakyat khasnya di Batang Ai menilai semula sokongan kepada BN yang hanya mementingkan diri sendiri.
Kekayaan negara di bolot oleh mereka sehingga Ketua Menteri mempunyai sederet kereta mewah sedangkan rakyat sakit perut minum air telaga dan saban malam meraba-raba di dalam kegelapan.
Semua gambar di atas adalah gambar hiasan.
Comments