YB GOBALA SANJUNG TOK GURU, CADANGKAN YB BN DITARBIAH TOK GURU NIK AZIZ ~ Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Padang Serai, YB N Gobalakrishnan secara jujur amat menyanjungi Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memang umum mengetahui Gobala amat menyanjungi Tok Guru. Maka tidak hairanlah 2 hari lepas beliau mencadangkan 3 orang YB BN supaya ditarbiah oleh Tok Guru kerana sikap ketiga-tiga YB BN iaitu Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim yang menganggu ucapan beliau di Parlimen.

“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.

Cadangan ini berlaku ketika ketiga-tiga ahli parlimen BN itu mengganggu Gobala yang sedang berucap dalam sesi membahas ucul menjunjung kasih titah diraja.

Bagi saya bukan sahaja ketiga-tiga mereka ini sahaja perlu ditarbiah tetapi semua Ahli Parlimen BN yang beragama Islam perlu ditarbiah oleh Tok Guru supaya mereka bersifat sebagai sebagai seorang Islam yang berani berkata benar dan berani menentang apa yang mungkar supaya tidak bersikap 'Yes Man' di dalam Parlimen.

Comments