Umno/BN BUDAYAKAN POLITIK JIJIK DAN GANGSTERISME ~ Ref Malaysiakini

Beberapa peristiwa dan kejadian yang berlaku beberapa minggu lepas dan sehari dua ini membuktikan bahawa Umno/BN sudah ketandusan idea untuk menarik sokongan rakyat. Oleh kerana rakyat semakin meluat dengan Umno/BN maka tidak jalan lain untuk Umno/BN mengembalikan sokongan rakyat selain dari menggunakan taktik jijik, kotor dan gangsterisme untuk tujuan politik mereka.
Tindakan merampas mandat yang diberikan oleh rakyat kepada PR di Perak merupakan suatu rompakan ala gangster yang tidak boleh diterima rakyat.
Selain itu Umno/BN menggunakan kaedah fitnah dan tuduhan ke atas wakil-wakil rakyat PR. Kalau sebelum ini Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali dituduh berkhalwat, dua hari lepas seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor diceroboh privasi dan haknya apabila gambar bogel beliau sedang tidur diedarkan di internet.
Saya tidak menuduh Umno/BN yang melakukan perkara tersebut, namun tindakan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo membuat ulasan dan gesaan membuktikan Umno/BN akan menggunakan apa sahaja peluang untuk menjatuhkan PR.

Saya yakin rakyat akan lebih meluat dan benci kepada Umno/BN jika politik jijik dan kotor serta gangsterisme ini diteruskan. Jika Umno/BN mahu terus lenyap dari dunia ini dan sejarahnya disimpan di Muzium Negara saya mencadangkan mereka meneruskan kerja-kerja jahat ini dengan lebih rancak.

Comments

bungaraya said…
janganlah salahkan BN/UMNO bro. EW telanjang bogel dan yang mencuri gambar perlakuan tersebut dituduh teman lelakinya, dimana UMNO terlibat dan memainkan peranan jijik tersebut. Jangan cuba menyerongkan fakta dan memburukkan UMNO. Memang dah biasa berbogel, bila putus kasih, sikekasih pula mengambil tindakan tidak bermoral, apa nak buat. Terima sajalah nasib malang tu. Jangan nak tuduh UMNO pulak. Gila ke!!!