Hasrat Umno untuk memancing kedua-dua ADUN PKR di Perak akhirnya bakal menjerat lehernya sendiri.
Strategi ini mungkin diilhamkan oleh Najib dan Zahid yang memimpin Umno Perak sekarang. Mereka berdua perasan bahawa mereka handal dan cerdik bermain politik sedangkan PR lebih hebat dan jauh lebih cerdik dari mereka berdua yang merupakan budak suruhan Anwar suatu ketika dahulu.
Kini Umno terjerat kerana kedua-dua 'ikan' yang dipancing mereka bakal kehilangan kerusi DUN masing-masing dan Pilihanraya Kecil bakal diadakan dalam masa 60 hari.
Speaker DUN Perak V Sivakumar mengesahkan akan memberikan notis kekosongan kerusi DUN Behrang yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi dan DUN Changkat Jering diwakili Osman Mohd Jailu.
Speaker DUN Perak V Sivakumar mengesahkan akan memberikan notis kekosongan kerusi DUN Behrang yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi dan DUN Changkat Jering diwakili Osman Mohd Jailu.
Kedua-dua ADUN tersebut lupa sebenarnya mereka pernah menandatangani surat meletakkan jawatan jika mereka melompat parti. Mungkin Najib tidak terfikir akan perkara ini. Inikah standard bakal Perdana Menteri???
Najib sudah tentu berada dalam keadaan terdesak sekarang kerana beliau masih trauma untuk menghadapi pilihanraya kecil kerana telah kalah 2 kali dalam masa 5 bulan. Mahu tidak mahu Najib terpaksa menghadapinya sekali lagi sedangkan mood rakyat ternyata terus memihak kepada PR. Di tambah lagi kedua-dua DUN tersebut dimenangi dengan agak selesa oleh PKR pada PRU 8 Mac lalu. Jamaluddin dan Osman menang masing-masing dengan majoriti 1027 undi dan 1102 undi.
Comments