TIADA PRK DI BEHRANG DAN CHANGKAT JERING : PR TIADA PILIHAN BUBAR DUN ? ~ Ref Malaysiakini

Apakah PR sudah tiada pilihan selain dari membubarkan DUN berikutan tindakan biadap SPR tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering.??

Ramai menyangka bahawa kerajaan PR di Perak akan tumbang dengan keputusan SPR tidak mahu mengadakan Pilihanraya Kecil. Sedangkan sebenarnya kerajaan PR masih gagah dan kukuh di mana tanpa kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering PR masih mempunyai 30 kerusi berbanding BN 27 kerusi. Andaikata kedua-duanya menyertai BN, PR masih mempunyai majoriti iaitu 1 kerusi.

Tidak ada apa yang hendak dibimbangkan kerana dengan majoriti satu kerusi pun kerajaan PR Perak tetap boleh mentadbir negeri dengan baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2004 hingga 2008 dahulu.

Saya yakin dengan perpaduan dan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan parti-parti komponen PR, kerajaan negeri akan terus stabil dan kukuh. Tidak timbul soal pembubaran DUN dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita berdoa agar kerajaan negeri Perak terus kukuh, stabil dan mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat negeri Perak yang sangat dahagakan sebuah kerajaan berkebajikan seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

Comments

Hasbullah Pit said…
Masalahnya Nizar dah terlepas cakap bubar DUN kalau mereka masih ADUN.
Anonymous said…
sebenornye nizar ni bukan cerodik sangat....ngikut aje cakap sedara2 dap dia tuh...
Bubarkan saja DUN Perak untuk kestabilan Politik di Negeri itu. UMNO tidak akan berdiam diri selagi Kerajaan Negeri belum Tumbang, Muta LIGAT harus ingat apa yang berlaku di SABAH.Budak kampung - IR NIZAR adalah seorang Profesional dan Alim, Awak apa ada?
Anonymous said…
Dah dapat kuasa memerintah buat le dengan sebaik-baiknya. Ini tidak tak habis nak berkelahi aje... apa ni?
Dah hampir setahun memerintah, mana pelan tindakan? Habuk pun tarak. Sama je PR dan BN , sebelum jadi pemimpin semua pandai, pandai cakap. Bila dah ada kuasa semua jadi bingung, semua nak jaga kepentingan sendiri, bukan nak berkhidmat untuk rakyat. Dah hampir setahun, asyik buang masa aje.. tak ada kuasa nak kuasa, ada kuasa tak tahu buat kerja..BODOH.