TERKINI : DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Tunggu llaporan persidangan akhbar Dato' Seri Mohammad Nizar di kediamannya jam 3.00 petang ini.

Laporan di atas saya petik dari Mstar.

Comments

Anonymous said…
abg sofi,
maaf saya berkata2 sebagai seorang saudara seislam yang mungkin berlainan pandangan politik. kemenangan pr 11 bulan sudah mmg membuatkan saya telan air liur dan setelah dipujuk hati maka saya merelakan, dan ingin melihat sesuatu yang mungkin boleh dijadikan kayu pengukur perbezaan kerajaan terdahulu dan terkini. saya adalah sebilangan besar rakyat PERAK yang menyokong BN redha dengan dengan keputusan kerajaan CAMPURAN PR yang dibentuk atas dasar menidakkan majoriti sebenar yang sebenarnya dimenangi BARISAN, setelah dicampur campur bilangannya. dalam hal ni saya hanya mampu memujuk hati. tapi saya tidak terkejut dengan perubahan yang mungkin terjadi kerana ADUN juga adalah manusia yang berkepentingan, mahukan sesuatu serta kekadang melupakan niat asal mereka tak kira dipihak BARISAN atau kerajaan CAMPURAN PR. maka terjadilah sesuatu seperti hari ini. saya juga tidaklah gembira dengan senario ini, (kerana impak pada masa akan datang) tetapi itulah kita manusia dan adun2 terpilih oleh rakyat. penuh dengan agenda serta khilaf. Saya hanya mampu berdoa sesiapa saja menjadi pemimpin perlulah adil dan bekerja untuk rakyat. Jangan terus-terusan berpolitik dan mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. anda hanya ada 4 tahun lagi dan setahun ini hanya air liur dan pilihanraya ditabur sebagai penyeri suasana kelam ekonomi dunia. Fikirkanlah nasib rakyat. Apapun siapa yang bakal menerajui, teruskanlah untuk rakyat bukan untuk tekak sendiri.
Suasana akan tambah keruh jika rakyat tak dibenar kan memilih kerajaan .
Keadaan kini mesti dipulihkan dengan cepat.
Rakyat tidak mahu bn rampas kuasa macam ini dan kemudian PR rampas kuasa pulak di lain hari dan lain bulan.
Boleh kah Sultan Perak perintah ada kan pilihan raya untuk rakyat Perak sendiri yang pilih dan gubal undang-undang agar tidak siapa ADUN boleh terbang/layang/lompat/katak dinegeri Perak.

Sultan dari negeri lain pun boleh ada kan undang anti lompat di negeri masing-masing.
Kalau bn rampas Perak , PR pun boleh rampas lain-lain negeri.
Pihak PAS harus main peranan besar dalam keadaan ini.
Ini ada lah untuk rakyat.
Anonymous said…
1)APA LA KORANG NI, SAMPAI INSTITUSI RAJA PUN KORANG SENTUH...DI MANAKAH IKRAR RUKUNEGARA KORANG YG KEDUA TU?

2) BILA RAJA NAZRIN BERTITAH KHUSUS UNTUK ORANG MELAYU, APAKAH MB NIZAR BUAT DI PERAK SEMASA ADA KUASA SEBAGAI MB?

3) SEKARANG DIA DAH X DE KUASA, NAK NYESAL PUN X GUNA, MASA DAN PELUANG SUDAH DIBERI, TAPI X TAU NAK MENGHARGAI DAN MENGAMATI INTIPATI UCAPAN TITAH BAGINDA.....INI LAH AKIBATKANYA.....

4) KO PK LA SENDIRI RAKYAT PERAK....
Anonymous said…
I pity of you Perakian... -_- May God Bless you till next 13th GE.

Right now, i don't want to focus about politics... This year is a year of recession. Need to get ready 100% to take care of family.
Anonymous said…
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hj Roslan Shaharum meninggal dunia selepas jatuh, dipercayai akibat darah tinggi. Al-Fatihah. nampaknya akan ada pilihan raya kecil

masin ayor lior org perak nak sgt bebeno PRK. Nah ambik, MENANG BELUM TENTU, KALAH DALAM TANGAN. doa org Pr termakbul