TAWARAN 20 JUTA : SPRM MENGAPA DIAM MEMBISU TENTANG DAKWAAN ADUN PR PERAK ~ Ref Malaysiakini

Tidak ada kenyataan sepantas kilat dibuat oleh Ketua Parti 'komponen' BN, SPRM tentang dakwaan 2 ADUN PR di Perak bahawa mereka ditawarkan dengan duit jutaan ringgit, pangkat dan kedudukan jika melompat parti menyertai BN.
Mengapa Ketua 'Cawangan' SPRM ini tidak sepantas kilat membuat kenyataan media dalam isu ini? Jawapannya mudah sebab ia melibatkan bosnya iaitu pimpinan BN.
Inilah sikap 'double standard' SPRM yang jelas berpihak dan tidak telus. Terbukti kenyataan Perdana Menteri bahawa SPRM akan bertindak secara professional dalam menangani apa juga laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanyalah retorik dan boleh ditertawakan oleh rakyat.
Awal-awal lagi Perdana Menteri membuat kenyataan bahawa semua kes melibatkan rasuah politik wang di dalam Umno yang telah ditutup oleh SPR tidak akan dibuka semula kerana SPRM tidak ada cukup bukti. Jika inilah standard saya yakin semua kes rasuah dalam Umno akan selesai begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Apakah dalam kes Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain yang telah dihukum oleh jawatan kuasa disiplin dan tatatertib Umno SPRM tidak ada cukup bukti.??????
Saya juga yakin dakwaan 2 ADUN PR semalam tentang tawaran rasuah BN kepada mereka akan di'bakulsampah'kan oleh SPRM kalau melihat kepada sejarah lama.
Semalam Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).
Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.
Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Comments

buat camner kalau ibarat parang 'hulunya kat tangan orang matanya kat tangan kita'. apa-apa pun pakatan rakyat akan kena selagi Bn tidak dijatuhkan...