Sudah puas manusia membuat aduan kepada SPRM (dulunya BPR) namun jarang sekali aduan terhadap pemimpin Umno dan BN disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM. Mungkin SPRM tidak faham bahasa manusia maka Angkatan Muda KeADILan menggunakan bahasa lembu bagi memudahkan SPRM menyiasat laporannya.
Oleh sebab itulah agaknya AMK meminta bantuan lembu bagi melaporkan semula aduan yang pernah dibuatnya sejak tahun 2000, yang tidak diambil sebarang tindakan.
Aduan-aduan lama tersebut digantung di leher seekor lembu yang dibawa dengan sebuah lori sejauh 30 meter, ke bangunan Plaza Masalam, tempat terletakkanya pejabat SPRM.
Sebanyak 20 aduan dilaporkan semula kepada SPRM hari ini, yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada kira-kira jam 3 petang semalam.
Mungkin selepas ini jika aduan ini tidak disiasat atau diambil tindakan AMK kena menggunakan Jin pula untuk membuat aduan.
Comments