Saya hairan dan pelik bila seorang yang bergelar Al-Hafiz menegur orang lain supaya tidak berhujah dengan ayat-ayat Al-Qur'an di dalam ceramah atau ucapan. Jenis apakah Al-Hafiz ini yang seolah-olah cuba menjauhkan orang dari Al-Qur'an. Sedangkan sepatutnya beliau menggalakkan orang supaya membaca Al-Qur'an mendalaminya serta menghayatinya.
Bila saya selidiki rupa-rupanya Al-Hafiz ini adalah pemimpin Umno dan orang kuat Menteri Besar HARAM kerajaan BN Perak. Maka tidak hairanlah saya kalau Al Hafiz ini bercakap demikian kerana Umno itu sendiri memang membenci Al-Qur'an sebab itulah mereka tidak mahu mengamalkan undang-undang Islam walaupun sudah lebih 50 tahun berkuasa.
Apatah lagi Al Hafiz ini baru sahaja diberikan pangkat sebagai penasihat Umara' HARAM di Perak. Maka sudah tentu beliau akan memberikan nasihat yang disukai oleh Umara' tersebut, bukannya memberikan nasihat supaya Umara' itu kembali kepada Islam sebenar.
Maka Tuan Penasihat ini pun akan memberikan nasihat yang sesuai supaya Bossnya suka kepada dia dan suatu hari semakin banyak harta dan pangkat yang beliau dapat.
Maka Tuan Penasihat ini pun akan memberikan nasihat yang sesuai supaya Bossnya suka kepada dia dan suatu hari semakin banyak harta dan pangkat yang beliau dapat.
Sahabat saya Blogger Cina Islam menulis di dalam blognya bahawa Tuan Penasihat tersebut dilaporkan berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.
Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.
"Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti".
Satu kenyataan yang seolah meneruskan fahaman sempit untuk memisahkan antara agama dan politik. Penasihat agama itu juga melahirkan perasaan tidak senang dengan terdapat segelintir orang bukan Islam yang membaca ayat Al Quran dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.
Syabas Al Hafiz.
Syabas Al Hafiz.
Comments
Sebelum berbicara seperti orang tergencat akal, cuba cermin diri anda. Dalam hidup anda apakah yang anda telah lakukan yang anda boleh banggakan.
Pernahkah anda terfikir bila anda memaki atau mengumapat anda perlu meminta maaf padanya.