SATU LAGI BALA MENIMPA RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan mengumumkan satu lagi bala kepada rakyat apabila Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dinaikkan sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Terbukti kerajaan BN yang memerintah pada hari ini tidak langsung memikirkan penderitaan rakyat sebaliknya sentiasa bersikap lunak dengan pihak korporat.
Di saat rakyat terhimpit dengan kegawatan ekonomi, harga barangan yang melambung, ramai yang dibuang kerja dan sebagainya tergamak kerajaan BN menaikkan Tol untuk menambahkan lagi kesengsaraan rakyat. SYABAS Kerajaan BN.

Dengan kenaikan ini saya percaya rakyat mungkin akan menerima impak yang besar. Antaranya :-

1) Harga barang tertentu akan naik melambung
2) Kos tambang kenderaan awam terutama bas ekspres akan naik.
dan lain-lain ............

Rakyat terutama yang mengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai mesti menggunakan peluang mereka untuk mengajar BN pada PRK di ketiga-tiga kawasan tersebut. Kita harapkan BN akan hilang deposit sebagai pukulan TKO kepada BN.

Comments

Syabas dan tahniah kepada kesemua pengyokong dan pengundi umno /bn.
Tahniah kepada Pak helah dan datuk najis. Pengyokong umno dan bn mengalu-alu kan harga tol di naikan.
Sudah tunggu lama untuk harga tol di naik-naikan.
Tapi, kenapa naik sedikit..mana cukup?
Naik lah 20 - 40 %.
baru lah para kroni boleh makan kenyang-kenyang.

Naik lah tol macham harga susu.