Kalau selama ini tidak ramai yang berani berdepan dengan Presiden MIC Samy Vellu, namun sehari dua ianya mula berubah.
MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).
"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Ia merupakan sidang media pertama beliau sejak isu tersebut muncul kira-kira tiga bulan lalu.
Hari ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIED, sayap pendidikan MIC, memberi kata dua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri S. Samy Vellu selain membongkar rahsia urus niaga dan politik Presiden MIC itu.
P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST.
MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).
"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Ia merupakan sidang media pertama beliau sejak isu tersebut muncul kira-kira tiga bulan lalu.
Nampaknya Samy pucat gigi dengan gertakan wanita ini.
Namun saya yakin Samy yang sangat berpengalaman mem'bungkus' siapa juga lawannya sudah pasti mempunyai cara tersendiri untuk menutup mulut wanita yang mungkin disifatkan beliau masih hingusan ini.
Comments