SAH PILIHANRAYA KECIL SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Kedua-dua Exco Perak yang dilaporkan hilang sejak 5 hari lalu akhirnya menamatkan spekulasi apabila menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN Perak,V. Sivakumar petang tadi.
Dengan ini sahlah 2 Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang.
Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.
Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Maka seluruh ahli PAS dan PR diharapkan bersedia dari sekarang untuk berjuang bagi menyelamatkan kerajaan negeri Perak.
Walaupun begitu andainya BN memenangi kedua-dua DUN ini, PR masih mempunyai majoriti 1 kerusi untuk memerintah negeri Perak.

Comments

Tahniah kepada kedua-dua EXCO kerana berani letak jawatan .
Tahniah kerana mereka berdua buat " No Bargain".
Ini sememang adil untuk rakyat dan kita harus puji kedua-dua EXCO ini yang tidak mahu dirasuah oleh umno.
Harap kedua-dua exco akan tahu mana kesilapan mereka dan Pakatan Rakyat tidak tolak ansuh dengan rasuah.
Anonymous said…
Insyallah kalau takdirnya pilihanraya kecil sekali lagi di Perak UMNO akan menang besar. Rakyat Perak terutama pengundi melayu dan UMNO dah lihat betapa celaru Pakatan memerintah. Maka kali ini UMNO akan pastikan Barisan akan tawan dua dun yang akan dikosongkan nanti. Percayalah...percayalah UMNO akan bangkit semula di Perak. Amin!
macam mana UMNO nak menang, tak bertanding atas nama UMNO!
Anonymous said…
Aku percaya bagaimana pun UMNO tidak akan bangkit di Perak semula.. kerana Perak bukan UMNO punya.. Perak, Rakyat punya.. Bangun rakyat Perak pilih parti yang benar mendokong kamu.. bukan mendokong mereka yang mementingkan diri sendiri.. TAHNIAH ke atas EXCO yang letak jawatan tersebut.. selepas ini mungkin tidur anda pasti LENA.. (yer ker...?).. Pikirlah mana ada pemimpin parti yang membalas dendam atas kekalahan mereka dengan menjadikan orang melayu berpecah belah seperti UMNO.. contohnya sudah ada JKKK ada pula JKKP.. agensi kerajaan pusat tidak boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri.. UMNO lah PARTI yang menjahanamkan MELAYU.. Sombong dan ego.. bantahan PPSMI pun tak nak dengar.. rosak bahasa melayu.. UMNO lah yang telah membunuh banyak parti melayu yang lain sebelum merdeka.. putar belitkan sejarah perjuangan melayu.. Rakyat Perak.. ingat IBRAHIM YAAKOB orang yang mula-mula memperjuangakan kemerdekaan pada 1938 dengan Kesatuan Melayu Muda bertitik asas di Maktab Perguruan Sultan Idris, Kuala Kangsar dan ditubuhkan di KL.. KMM diburukan oleh UMNO.. Ibrahim Yaakob dihina begitu sahaja.. mendakwa tali barut jepun.. UMNO juga lah parti yang banyak merampas tanah orang melayu.. UMNO lah cakap tak serupa bikin pasal ISLAM (isteri pemimpin sendiri pun tidak menutup aurat..) Ingat Rakyat Perak.. Pilihlah mereka yang benar-benar mendokong kamu dan keluarga kamu.. ALLAHHUAKBAR..