BN semakin tersepit, niat mereka untuk mendapatkan 2 kerusi percuma akhirnya tidak kesampaian. Lebih malang ADUN mereka sendiri memang ada hati untuk menyertai PKR.
ADUN tersebut ialah Datuk Ahamad Pakeh Adam, ADUN Lintang yang mengaku mempunyai niat untuk menyertai PKR. Namun beliau masih mengambil sikap tunggu dan lihat tentang perkembangan semasa terutama isu 2 ADUN PKR yang kerusi mereka disahkan kosong oleh Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar pagi tadi.
Nampaknya modus operandi Najib dan kuncu-kuncunya benar-benar gagal kali ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Najib memang tidak layak menjadi PM. Beliau bukan sahaja tidak cerdik malah dikatakan sanggup membelakangkan undang-undang dan moral bagi mencapai matlamat merampas kerajaan negeri Perak.
Sudah sampai masanya Umno mencari calon lain bagi menggantikan Pak Lah pada Persidangan Agong Umno Mac ini. Hanya ada satu cara lagi untuk memastikan Najib tidak naik iaitu perwakilan mesti mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib pada persidangan agung Umno nanti.
Saya yakin masih ramai lagi pemimpin Umno yang jauh lebih layak dari Najib dari segi karisma, integriti, kebijaksanaan dan ketrampilan. Antaranya Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Malang sekali jika ahli Umno sengaja membiarkan Najib mengambilalih kepimpinan Umno dan negara sedangkan mereka sedar Najib tidak layak dan penuh dengan kontroversi.

Comments
Tapi tak mau dengar, sudah.
Teruslah berlagak sombong.
Senang sikit kami dari PR nak sapu bersih dalam PRK ke atau PRU.
2) PAS lagi tambah 1 kali bodoh pasal bersekongkol lak ngan orang Kafir semata-mata nak jadi kerajaan.....
3) Las2, orang Melayu dok merempat di bumi sendiri...lu sendiri pk laaaa.....