Baru sebentar tadi saya menerima aduan seorang lelaki bukan Melayu dan tidak beragama Islam yang merungut kerana laporannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM) diendahkan.
Menurutnya sudah 4 kali beliau membuat aduan tentang keterlibatan wanita tempatan Melayu sebagai Tukang Urut di sebuah SPA di Jalan Melaka Raya namun tiada tindakan di ambil.
Beliau kesal kerana kerja-kerja maksiat ini dibiarkan oleh pihak berwajib.
"Saya sering melihat wanita-wanita Melayu tempatan ini cuba mencari pelanggan di bahagian bawah Spa ini jika mereka tiada pelanggan yang perlu layan" ujar lelaki tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
Menurutnya Spa beroperasi hingga larut malam jika terdapat ramai pelanggan. Menurutnya hampir semua tukang-tukang urut adalah orang Melayu tempatan yang masih muda.
Beliau menggesa JAIM menyiasat perkara ini dengan kadar segera agar nama baik agama Islam dan orang Melayu tidak terjejas.
"Jika terdapat perlanggaran undang-undang, sila bawa pemilik dan pekerja ini ke muka pengadilan" katanya.
Comments
NO. 2, PERSISIRAN PANTAI
JALAN LAKSAMANA
78300 BANDAR HILIR, MELAKA
BERPENGALAMAN lebih 10 TAHUN dalam URUT TRADISIONAL
RAWATAN YANG DISEDIAKAN IALAH…
1. urut untuk orang sihat, termasuk lemah tenaga batin,
2. urut untuk orang sakit( sesiapa yg mempunyai masaalah seperti dibawah)
3. urut lemah tenaga batin
4. sakit badan
5. sakit sendi
6. reflexology
7. relaxtion
8. salah urat, sakit urat saraf, urat saraf termasuk sakit bahu, tengkuk, pinggang dan apa2 yang berkaitan dengan nya.
9. Sakit pinggang ( sakit lama atau baru, sangat sakit dan kurang selesa )
10. Sakit urat belikat
http://melakasauna.wordpress.com/