RAKYAT MALU MALAYSIA DIHADAPKAN KE PANEL ANTARABANGSA ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia malu apabila akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semua ini gara-gara kerajaan zalim BN yang terus menjunjung undang-undang drakonian ISA digunapakai di negara ini. Selain itu Malaysia juga terkenal dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap pelarian.

Kedegilan dan kebongkakan pemimpin BN yang tidak mahu mendengar nasihat dan kritikan rakyat dan pemimpin politik PR akhirnya membawa padah kepada negara kita. Sebuah negara yang dikatakan maju, hebat dan aman sebenarnya mengamalkan dasar dan undang-undang zalim yang melanggari hak asasi manusia.

Selepas ini suatu dunia akan tahu akan keburukan negara kita. Bukankah ini akan menjatuhkan imej dan kredibiliti negara kita di mata dunia.

Rintihan, nasihat dan rayuan rakyat supaya ISA dimansuhkan langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin BN yang bongkak. Akhirnya negara sendiri yang mendapat malu.

Seorang penduduk Durian Tunggal, Jamili Mohd, 45 berkata nama baik Malaysia sudah tercemar akibat dari masalah hak asasi manusia ini.

"Jadi sudah sampai masanya ISA dimansuhkan, jangan lagi kita teruskan undang-undang rimba ini".

"Rakyat sudah lama menentang ISA tetapi kerajaan BN degil mereka gunakan ISA untuk kepentingan politik mereka" kata Jamili.

Sementara itu Mohd Semail, 56 dari Ayer Molek pula kesal kerana undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini terus ditatang di negara kita.

"Bukankah Islam melarang tahanan tanpa bicara, tertuduh mesti diberi peluang untuk membela diri" katanya.

"Kini setelah negara kita dihadapkan kepada Panel Antarabangsa sudah pasti rekod kita sudah tercemar, mungkin pelabur antarabangsa takut untuk melabur kerana kerajaan kita mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bicara" tambah beliau.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.

"Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.

Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi.

Comments

Anonymous said…
BN ni dia memang tak tahu malu. Biarlah Malaysia dapat malu asalkan perut, poket mereka, bini dan akan-anak mereka sentiasa penuh.

Malaysia can condemn Israel attacking Palestine, and force US to close Guantanamo Bay.

By why Malaysia get pissed off when other countries condemn Malaysia using ISA, police use tear gas, water cannon and live bullet to peaceful demonstration?

Malaysia are really popular with the terms "double-standard"
azhar said…
salam...sahabat...
negara ini negara polis...
negeri ini negeri polis...
maka ketua polis negara..
jadikan dia Perdana Menteri..
ketua polis negeri..
jadikan MB negeri...