Mungkinkah rakyat muak untuk mengundi terutama pengundi atas pagar. Ini kerana mereka mungkin takut tertipu dengan tindakan wakil-wakil rakyat yang menang tetapi selepas itu melompat parti.
Saya bimbang situasi ini akan menyebabkan mereka sudah tidak yakin lagi kepada calon-calon parti tertentu yang bertanding pada setiap kali pilihanraya.
Apa yang pasti rakyat dapat melihat bagaimana kuat dan jitunya pegangan dan akidah politik wakil-wakil rakyat PAS yang tidak seorang pun dapat dibeli dan diugut oleh BN. Dalam kes Kelantan pada PRU 11 umpamanya Barisan Alternatif Kelantan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan hanya majoriti satu kerusi. Kerajaan ini berjaya dipertahankan walaupun hanya dengan satu majoriti.
Malangnya kerajaan negeri Perak yang mempunyai majoriti 3 kerusi gagal dipertahankan gara-gara pembelotan 3 ADUN yang semua orang sudah maklum.
Oleh itu PR mesti mengembalikan kepercayaan rakyat terutama pengundi atas pagar supaya memastikan calon-calon yang benar-benar layak dan berintegriti sahaja dibenarkan bertanding. Jangan kita berebut-rebut untuk bertanding tetapi selepas menang wakil-wakil rakyat kita dibeli oleh parti yang jahat dan tidak bertamadun ini.
Comments
1. Anwar kata- Mahkamah Rakyat. Apa maksud mahkamah rakyat? Adakah hakimnya terdiri daripada HINDRAF? Jurinya dari ahli PKR dan pendakwaraya dari kalangan keluarga dan sahabat Anwar Ibrahim? Jadi itulah maksud Mahkamah Rakyat!!!
Anwar tidak pernah diadili di mahkamah rakyat- rasuah masa dalam UMNO, pengkhianat Melayu, menipu rakyat dengan janji-janji 'kencingnya', bersubahat menghina Islam-menghadiri majlis anjuran NGO supaya Kristian diterjemah dalam Bahasa Melayu dan tuduhan meliwat.
Anwar tidak pernah bersumpah yang dia tidak pernah meliwat Saiful Bukhari. Kenapa?
Belum kita sumpah berjanda dengan perempuan simpanan ketika dia menjadi TPM!!!
2. Nizar kata- saya akan engkar (melanggari perintah) dengan titah Sultan Perak. Nizar memang gila kuasa kerana beberapa bulan sahaja menjadi MB.
Nizar lupa, Pakatan menjadi pemerintah di Perak pun dengan majoriti kurang.
Tindakan Nizar boleh menyebabkan rakyat akan beranggapan Nizar siapa dan sultan Perak siapa? Kalau begitu, kita tak perlulah pilihanraya kerana Nizar hendak jadi MB seumur hidupnya.
3. Haji Hadhli mahukan Sultan Perak menjadi balaci PAS baru dikira sebagai sultan rakyat. Kalau begitu, sultan perlu sepakat untuk menarik balik anugerah kepada dua balaci Yahudi, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Haji Hadhi Awang kerana tidak hormat dengan sultan.
Sultan Perak perlu membawa usul ini dan banginda perlu sepakat dengan sultan negeri lain.
Kenapa dikurnikan anugerah kepada 'orang kurang ajar' atau orang kurang upaya membela Islam dan Melayu, melainkan menjadi 'BARUA' kepada Melayu dengan bangsa lain.
Haji Hadhi tidak pernah membantah kegunaan nama Allah untuk ajaran Kristian membuktikan mereka tidak sayang Islam asalkan dapat kuasa.
4. Apa yang berlaku di Palestin tidak menyedarkan kita. Hamas dan Abbas masih berkelahi diketika Yahudi dan Israel bersatu. Mereka berjaya memikat Mesir untuk menyokong menghapuskan Islam di Palestin yang akan bangkit sebagai 'kuasa bayangan' Iran di Timur Tengah dalam bidang ekonomi, pelancongan dan sistem pertahanan.
Adakah PAS sudah menjadi Mesir yang sanggup melihat Islam Palestin diperkosa oleh Israel dihadapan mata mereka? PAS sanggup.
Kalau PAS sanggup menolak musyawarah dengan UMNO sedangkan UMNO adalah satu bangsa dan satu agama, tidak mustahil PAS boleh menjadi bayangan Amerika untuk menghalau Islam di Malaysia.
PAS buat-buat bodoh atau memang bodoh- kerana tidak pernah melihat Anwar Ibrahim sebagai produk Amerika dan agen Yahudi. PAS bukan ditadbir oleh Ulama Gus Durr yang buta, tetapi tidak buta dengan perempuan- PAS buat buta dan memang tidak kisah kalau jadi buta.
5. Sultan Perak sebagai 'Pemberi Kuasa' mampu lakukan apa sahaja termasuk memecat jawatan MB. Jadi apa yang hendak digilakan oleh Nizar sekadar menjadi 'MB bayangan' sebagaimana Anwar Ibrahim menjadi 'PM bayangan Pakatan' dengan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri!!!
Pandangan saya komen ini hanya menggunakan nama pengundi pas.. bertujuan tidak baik kerana dilihat cuba memecahbelahkan persefahaman dalam Pas dan parti PR yang lain..
Waktu dah sampai untuk membersihkan halaman PAS dan halau semua katak ni dalam nereka...
Pro-PAS