PR TIDAK TAHAN LAMA : MUHYIDDIN DITEMPELAK ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek (gambar) menggesa Muhyiddin supaya berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Umno yang semakin lama semakin tenat disebabkan masalah rasuah dan perebutan kuasa sesama mereka.

"Muhyiddin tidak perlu sibuk-sibuk meramalkan PR tidak bertahan lama, lebih baik beliau menumpukan perhatian untuk menyelamatkan Umno yang semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu"

"Umno sekarang berada dalam keadaan tenat bayangkan lebih 1,000 kes rasuah politik wang dilaporkan semasa pemilihan Umno peringkat cawangan dan bahagian baru-baru ini" katanya.

Rakyat hari ini sudah dapat menilai siapa pemimpin Umno dan apa agenda mereka.

"Pemimpin Umno yang ada hari ini semuanya bermasalah dan rakyat sudah tahu siapa mereka, sebab itu Umno telah tewas pada 2 PRK terbaru iaitu Permatan Pauh dan Kuala Terengganu".

"Saya yakin bukan PR yang tidak bertahan lama, tetapi Umno yang sudah tua ini akan ditalkinkan kerana sikap pemimpin yang tamakkan kuasa sehingga menggunakan rasuah untuk menang ketika pemilihan".

Haji Bakrin berkata tidak pernah dalam sejarah ada Jawatankuasa Disiplin Umno mencadangkan supaya Sayap Umno iaitu Pemuda dan Puteri Umno dibubarkan seperti yang dicadangkan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Sebenarnya Tengku Ahmad Rithaudeen menyindir Umno, beliau sebenarnya mencadangkan Umno itu sendiri dibubarkan bukan hanya Puteri dan Pemuda tetapi beliau bercakap secara menyindir Umno"

"Sepatutnya Muhyiddin kena sedar bahawa oleh kerana Umno sudah hampir runtuh dan binasa maka Tengku Rithaudeen mencadangkan ia dibubarkan atau dimatikan sahaja" kata Haji Bakrin.

Haji Bakrin menafikan PR tidak akan kekal lama kerana menurutnya perpaduan dalam PR semakin kukuh sebagaimana yang ditunjukkan dalam isu politik Perak. Semua parti dalam PR berdiri teguh menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin, tiada perselisihan pendapat.

"Saya juga hairan bagaimana Muhyiddin tidak nampak keupayaan PR yang berjaya memerintah 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak dengan baik".

"Tidak ada sungutan dan bantahan dari rakyat, kelima-lima negeri terus maju dan aman damai, hutang negeri-negeri itupun tidak sebanyak negeri-negeri BN" tambah Hj Bakrin.
Dalam kenyataannya di media hari ini Muhyiddin meramalkan PR tidak akan bertahan lama dan sekaligus tidak mampu mentadbir negara.

Comments

Anonymous said…
WOI SOFI MANGKOK.....YG KO SIBUK2 BUAT BLOG CITER PASAL UMNO APSAL LAK...KO TULIS LA PASAL PAS....TULIS LA AKTIVITI PAS...CARA2 PAS NAK MENANG DLM PRU KE13..NI TIDAK KO SIBUK HAL LUAR...DAH BYK KALI AKU CAKAP SAMA KO...BODO LA KO NIE ....
Anonymous said…
Benda2 tue rahsia la..takkan nak bagi taw orang cara2 pas melaka nak menang..nanti puak perasuh tahu mudah mereka menlakukan kegiatan jahat.
EQUILIBRIUM said…
cik anon yg pemalu,

hang nak tulis itu je. hik hik hik baik masuk tadika belajar membaca. tapi jangan baca mangga ye.
Anonymous said…
bagus sfi.teruskan artikel.UMNO semakin terdesak dan peyokongnya semakin bodoh.dah la bodoh,sombong pulak tu.aku tak heran sangat kalau pemimpin UMNO tamak kuasa dan gila kuasa serta ila babi.tapi yang aku hairan,penyokong UMNO yang tak reti2 menilai yang mana batu yang mana kayu.sebab depa ni semua mana pernah kenal intan permata dalam PAS.yang depa kenal kayu UMNO dan batu UMNO.semua perasuah,penerima rasuah dan berkaitan dengannya.
Anonymous said…
Adatlah Mahyuddin benda ciptaan manusia seperti PR tak tahan lama. Bagaimana Mahyuddin sendiri dalam UMNO? Boleh tahan lamake? Silap-silap bulan Mac ni jadi tak tahan lama! Maksudnya, melepas kerusi timbalan president! Ha ha ha.Jangan lepas cakap macam Nasarudin katak tu!
saji said…
Ramalan saya mengatakan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.

Cuma apa yang sedang dilakukan oleh UMNO sekarang ialah untuk mewujudkan satu persekitaran politik yang memihak kepadanya dengan menampakan UMNO/BN sebaik-baik dan sekuat-kuat parti dan PR sejahat-jahat dan selemah-lemah perti bagi memenangi pilihan raya semula DUN Perak berdasarkan tindak-tinduknya berikut:

A) Membuatkan orang Melayu marah kepada PR dengan melakukan apa jua cara bagi memerangkap pemimpin PR derhaka kepada Raja Perak.

B)Mempergunakan kelemahan Karpal Singh untuk melemahkan PR dengan memecahkan PR.

C)Mempelawa PAS berkongsi kuasa dengan UMNO, tetapi apabila lawaan itu ditolak PAS mereka akan tuduh PAS habis-habisan tidak ada nilai perjuangan Melayu.
Tinta Rakyat said…
Muhyddin Yassin...Ingatlah, Yassin tu sebelah je name ko...buat2 la bertaubat...kubur kata mari rumah kate pergi...
Anonymous said…
rakyat benci dengan orang kelentong macam muhittin. bulan mac nanti dia pun lenyap. tentu kalah punya ,sekarang hamidi dah kamceng dengan najis , walau bagai mana pun semua mereka unmo sudah tidak boleh pakai lagi. unmoooo tu parti perkauman.