Walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada PR akhir-akhirnya namun ternyata PR tetap teguh malah lepas mantap. Buktinya seluruh kepimpinan utama PR bercakap dalam satu nada yang sama dalam isu-isu bersama antaranya isu kemelut politik Perak, isu negara Islam dan lain-lain.
Cubaan BN untuk memecahkan PR ternyata gagal. Kesepaduan dan kemantapan PR terbukti menyakinkan rakyat apabila rakyat memberikan mandat yang besar kepada calon-calon PR pada 2 Pilihanraya Kecil iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Kemelut politik Perak benar-benar menguji kesepaduan PR. Ternyata keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat sokongan dan dokongan 200 % dari pimpinan PR. Hanya Karpal Singh sahaja yang nampaknya mempunyai pendapat berbeza. Namun itu hanyalah pendapat peribadinya sendiri.
Rakyat juga dapat menilai keupayaan dan kesepaduan komponen PR dalam mengurus dan memerintah negeri-negeri yang ditadbir PR. Semua kerajaan negeri PR berjaya meyakinkan rakyat bahawa boleh dan berjaya mentadbir negeri-negeri tersebut jauh lebih baik dari BN.
Program-program kebajikan yang menjadi teras pemerintahan PR berjaya menarik minat rakyat untuk memberi sokongan padu kepada rakyat. Saya tidak hairan jika pada PRU 13 nanti kesemua kerajaan PR berjaya dipertahankan malah mungkin mendapat kemenangan lebih besar. Negeri-negeri lain juga hampir pasti akan dirampas oleh PR.
Comments
Elok jugak la kaki rasuah, kaki seks kuar dari PR, ada hikmah tu.. Perosak ni elok la masuk UMNO/BN, supaya semua perosak sedia ada dalam BN tu lagi berserabut menerima mahkluk perosak ni.. Dan confirm zaidysham ni one of the UMNORIAN...yerkkkkkk...
PURE AND CLEAN MY A**!!!!