Politik Perak kembali hangat setelah sebelum ini ianya panas dengan tindakan BN yang cuba membeli ADUN PR sebaik keputusan PRU 12 diumumkan 8 Mac lalu.
Semalam 2 ADUN PKR iaitu Osman Jailu dan Jamaludin Radzi meletakkan jawatan sebagai ADUN. Surat perletakan jawatan diterima oleh Speaker V Sivakumar 5.45 petang tadi.
Isu ini menjadi jelas setelah 5 hari ianya kabur berikutan kehilangan secara misteri kedua-dua ADUN yang semenangnya disangsikan kesetiaan mereka selepas isu tuduhan rasuah ke atas mereka sebelum ini.
Kini kekusutan terlerai sedikit dengan surat perletakan jawatan tersebut. Namun ianya kembali menjadi tergantung apabila Jamaludin menafikan beliau meletakkan jawatan ADUN dan turut menafikan beliau menyertai Umno. Beliau dilaporkan mungkin mengambil tindakan mahkamah terhadap Speaker DUN Perak tersebut.
Tidak kusut dengan isu 2 ADUN PKR ini sahaja, politik Perak juga mungkin bertambah kusut dengan ketidakhadiran 3 orang ADUN Umno pada majlis perjumpaan ADUN BN dengan pimpinan Umno semalam. Ketiga-tiga ADUN yang menghilangkan diri tersebut ialah Hamidah Osman (Sg Rapat); Ahamad Pakeh Adam (Lintang) dan Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu). Ketiga-tiga mereka memang dikaitkan dengan spekulasi 3 ADUN BN lagi akan melompat menyertai PR selepas ADUN Bota Nasaruddin Hashim melakukannya minggu lalu.
Nampaknya disaat BN ingin memancing ADUN PR, ADUN BN sendiri juga dipancing oleh PR. Yang menariknya PR sudah berjaya mendapat seekor 'ikan' sedangkan BN belum tentu lagi. Malah kemungkinan BN khasnya Umno kena tipu sekali lagi kerana yang jelas ADUN PR sudah menandatangani surat perjanjian iaitu sesiapa yang melompat parti kerusinya akan kosong kerana surat tersebut sudan ditandatangani tanpa tarikh dan 'valid' sehingga DUN dibubarkan.
Tuan-puan fikir siapa lebih hebat. Kasihan Najib dan Zahid mungkin kena tipu buat kesekian kalinya.
Comments
Short Talk