Pilihanraya mengejut merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik Perak. Itulah intisari kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi. Walaupun ianya tidak dinyatakan secara terus terang namun secara dasarnya itu yang tersirat disebalik kenyataan tersebut.
Perkembangan terakhir semalam yang menggemparkan negara iaitu SPR mencabul undang-undang dengan enggan mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering mempunyai signifikan yang cukup besar.
PR mula ragu dan sangsi dengan SPR yang dilihat ternyata tidak menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang. Walaupun PR kemungkinan mempunyai surat perletakan jawatan tanpa tarikh bagi mana-mana ADUN yang melompat parti, namun jelas SPR tidak memperakuinya. Jadi selepas ini jika ada ADUN PR yang melompat parti maka PR sudah pasti tidak selamat.
Maka jalan terakhir bagi PR hanyalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya mengejut. Namun melihat kepada kebiadapan SPR, mungkin juga SPR akan membuat keputusan mengejut sekali lagi iaitu pembubaran tidak sah. Kalau ini yang berlaku eloklah SPR ditukar nama menjadi SPRBN.
Comments
SPR tak layak buat keputusan samada surat perletakan jawatan sah atau tidak. Itu soal Mahkamah. Soal SPR samada kerusi kosong atau tidak. Orang yang paling layak buat keputusan itu adalah speaker dan speaker telah pun buat keputusan itu.
melayu baru ke ni, bergaduh benda yg remeh untuk dipertontonkan pada bangsa asing.
kalau sesapa pun menang, mereka bangga ke menelanjangkan saudara seagama?
islam ada rukun, iman juga ada rukun..
negara? ada tak rukun..
jangan jadi pak pandir yg menang sorak kg tergadai..
jangan jadik palastin... hamas fatah gomol.. israel ketawa..
nak beri negara kita yg bernama semenanjung tanah melayu ni pada orang bukan melayu ke..
siapa pun kita, orang nusantara, bugis, jawa, mandailing, bawean.. semua melayu..
nak gaduh...
sedih
nurzulaikha
Cakap-cakap Melayu berbalah ini tidak akan kemana. Kita kena tengok isunya, apa yang diperbalahkan? Siapa yang benar? Siapa yang salah? Kita ada akal, gunakan akal untuk berhujah dengan jitu dan berasas. Ini tidak..alih-alih melayu berbalah, alih-alih melayu berbalah.
Bosan mendengarnya tau!
assalammualaikum
usah emosi la brader
isunya ada..
sanggup ke kita tanggung dosa org yg kita kutuk..
rugi je beribadah kalau tak nak tau dosa pahala