PENGERUSI BARU SPR MULA TUNJUK BELANG ~ Ref Malaysiakini

Rakyat memang menaruh harapan yang amat tinggi Pengerusi SPR yang baru, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sebaik sahaja beliau menggantikan Pengerusi lama SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman.
Pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, rakyat agak gembira dengan perjalanan PRK tersebut di mana tidak banyak perkara yang disangsikan berlaku walaupun dari segi daftar masih terdapat perkara yang meragukan.
Malangnya kepercayaan dan harapan rakyat terungkai hari ini apabila SPR mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering tidak perlu dijalankan kerana kerana SPR tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan "wujud keraguan" pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.
"Oleh itu, SPR ... memutuskan bahawa kerusi-kerusi tersebut masih disandang oleh kedua-dua Adun berkenaan yang memenangi kerusi-kerusi tersebut pada pilihanraya umum ke-12 lepas," kata Abdul Aziz.
"SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi dari pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang-penyandang kerusi berkenaan yang telah dihantar oleh Yang Dipertua DUN Perak itu memandangkkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit sendiri secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuatkuasa," tambahnya.
Kenyataan Aziz ini cukup mengejutkan rakyat dan parti-parti politik kerana bidang kuasa menentukan kesahihan dan ketulenan surat perletakan jawatan ADUN bukan di bawah bidang kuasa SPR. Ianya adalah tanggungjawab Speaker DUN Perak bagi menentukan samada kerusi kosong atau tidak. Hanya mahkamah yang boleh menentukan dakwaan dan keputusan Speaker itu benar atau salah.
Malangnya SPR tidak faham atau sengaja buat tidak faham tentang tugas asasi mreka iaitu mengadakan Pilihanraya Kecil jika sesuatau kerusi itu kosong selepas menerima notis Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. SPR tidak ada hak untuk menyiasat dan menentukan kesahihan atau 'validity' surat perletakan jawatan dan sebagainya.
Tindakan SPR ini menampakkan belang sebenar siapa Tan Sri Abdul Aziz yang dilantik oleh Kerajaan BN sekarang.
Sangka buruk saya kepada Abdul Aziz semakin bertambah dengan peristiwa ini. SPR bukan sahaja menghina Speaker DUN Perak, rakyat negeri Perak, undang-undang negara malah juga derhaka kepada Sultan Perak yang memperkenankan pembentukan kerajaan negeri dan perlantikan Exco kerajaan negeri.

Saya menggesa pimpinan dan ahli PAS membuat laporan Polis terhadap kebiadapan SPR dan pimpinannya.

Comments

Anonymous said…
Apa la tuan ni. Cuma nampak orang lain yang biadap. Suruh orang tanda tangan surat tanpa tarikh tu tak biadap ke? Kalau buat ikut kehendak kami semuanya ok. Kalau tak iku kehendak kamu - biadap? Apa la punya bangang orang Melayu macam ni.

Susah kalau otak dah kena racun dengan DAP. Jadi barua DAP
lann-b said…
anon diatas ni bukan rakyat yang bijak dia tak memahami apa itu keluhuran undang-undang
Anonymous said…
mne die nk paham...die ni mmg barua umno.....barua2 umno ni mmg x paham undang2.....die ingat undang2 kat malaysia die yg pegang...khak ptuih!!!!
Anonymous said…
Yang engkau orang suruh ADUN tandatangan surat tanpa tarikh tu ikut undang-undang ke? Bukankah itu membelakangkan undang-undang. Kepala otak letak kat mane? Bodoh punya orang. Tak pakai akal.

Tak sedar dah kena buli dengan DAP. Sanggup kau orang jual maruah melayu
Anonymous said…
abih barua umno ko yg paling besar nk beli adun2 pr tu apsal????....mangkuk ayun gune taktik kotor..baru pegang tampuk atas dh nk tunjuk belang.....mmg x gune ketua ko yg bangang tu nk beli adun pr....woi dh xd modal ke nk main taktik kotor??....kalau ikhlas dlm perjuangan,kalau btl2 nk bela bangsa x yah nk gune duitlah woiiii...khak ptuih rr...ko ingin ko gune duit ko leh menang ke???...leh blah rrr oiii barua umno....Kalau Allah x izinkn ko x menang rr...ko laburlah berape bilion pun ko ttap x menang kalau Allah x izinkn ko tau x bangang...Allah kate 'kun fa ya kun'....Kalau Allah nk PR pegang tampuk pemerintahan di perak,insyallah kekal walaupun barua2 umno ni main kotor.....Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!