Terbukti kini pemimpin BN semuanya maksum. Manakan tidak jarang sangat pemimpin BN disabitkan dengan rasuah sedangkan terbukti mereka terlibat dengan rasuah. Ketika pemilihan Umno sebelum ini, ramai pemimpin Umno yang dihukum oleh jawatan kuasa disiplin dan tatatertib Umno tetapi tidak ada seorang pun yang didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah.
Oleh kerana ke'maksuman' yang ada pada Khir Toyo umpamanya, maka sehingga kini beliau tetap bebas dan tidak pernah didakwa oleh SPRM.
Dalam kes politik wang umpamanya, Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain telah terbukti bersalah namun BPR (kini SPRM) tidak mendakwa mereka. Malah Isa Samad terus 'hidup' dalam Umno dan layak untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini.
Saya juga yakin kali ini pemimpin Umno yang diadu dan didakwa terlibat dengan politik wang juga akan terlepas. Bukan sahaja tidak didakwa bahkan tidak langsung disiasat. Walaupun lebih 900 aduan dibuat namun sudah pasti semuanya terlepas.
Pak Lah hanya beretorik dan cuba meninggalkan legasinya yang konon-kononnya berusaha membasmi rasuah. Namun pembasmian itu rasuah ini hanyalah dikenakan kepada pemimpin PR bukannya BN.
Terbukti SPRM dan BPR sama sahaja, cuma nama ditukar ibarat kereta dicat baru, enjinnya sama sahaja.
Terbukti SPRM dan BPR sama sahaja, cuma nama ditukar ibarat kereta dicat baru, enjinnya sama sahaja.
Comments