PAS DAN PKR TIDAK MAMPU PERTAHANKAN KERUSI? ~ Ref Malaysiakini

Mampukah PR mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang dimenanginya pada PRU 12 dahulu? Persoalan ini mungkin akan mengundang pelbagai reaksi dari tetamu blog ini.

Di pihak penyokong PR sudah mereka percaya 100% bahawa PR akan menang. Tetapi di pihak BN mereka juga yakin BN akan merampas kedua-dua kerusi tersebut. Persoalannya mampu parti masing-masing menang kerana seperti biasa sudah tentu akan ada parti yang menang dan yang kalah. Tidak pernah dalam sejarah keputusan seri dicapai pada sejarah pilihanraya di negara kita. Majoriti yang paling kecil ialah 2 undi iaitu pada PRU 11 tahun 2004 dahulu. Calon PAS Hj Zakarian Yaakob hanya menang dengan undi mengalahkan calon BN di DUN Mengkebang Kelantan.

Namun saya sebagaimana tidak menaruh keyakinan 100 % PR akan menang. Saya meramalkan BN akan melipatgandakan usaha dan taktik kotor mereka untuk menumbangkan PR. Najib sebagai Ketua Gengst#@ sudah tentu akan menggunakan apa juga ruang dan kesempatan untuk memastikan namanya gah semula lebih-lebih ianya bakal diadakan pada ketika Najib akan mengambilalih tampuk kuasa di Putra Jaya Mac ini. Sudah pasti Najib tidak mahu rekod semakin teruk tercalar.

SPR, media, jabatan/agensi kerajaan dan sebagainya sudah tentu akan sekali lagi menjadi kuda tunggangan BN dan Najib. Malah kita juga bakal menyaksikan berbilion-bilion duit akan ditaburkan di kedua-dua tempat tersebut dalam bentuk projek segera, janji dan lain-lain.

Oleh sebab itulah saya meramalkan pelbagai tindakan drastik, pelik, zalim, penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan harta rakyat serta lain-lain kaedah busuk dan menjijikkan akan digunakan oleh mereka.

Jadi kita mesti bersedia dengan segala kekuatan bagi menghadapi bala tentera 'Ahzab' yang sudah tentu diketuai oleh 'Santa Klaus' yang sememangnya muncul pada setiap kali Pilihanraya Umum dan Kecil.

Seluruh jentera, penyokong, ahli dan pemimpin PR mesti bersedia semaksima mungkin bagi mempertahankan maruah dan kepercayaan rakyat kepada PR.

Comments

Anonymous said…
dengar la cakap mufti perak. wajib dengar cakap pemerintah.

tak kan nak dengar cakap ngeh lagi.
Anonymous said…
A'kum akhi..

Ana ingin perbetulkan sikit.. Sebenarnya DUN Kemuning bukannya DUN Mengkebang.