MUFTI AHLI UMNO BOLEH, HAKIM BEKAS AHLI PAS TIDAK BOLEH ~ Ref Malaysiakini

Terbukti dan sah bahawa Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh adalah ahli Umno seperti dilaporkan oleh Blogger Thinking of Life. Wan Zahidi adalah ahli Umno bernombor 937786. Beliau mendaftar sebagai ahli di cawangan Kampung Kerunai, DUN Temenggor dalam Parlimen Gerik, Perak.

Saya juga mengagak bahawa beliau adalah adik kepada Bekas Menteri Besar Perak, Wan Mohamad Wan Teh dan Bekas Ahli Parlimen Gerik, Wan Hashim Wan Teh.

Jadi tidak hairan kalau beliau mengeluarkan 'fatwa' bahawa perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. Sedangkan Islam dengan jelas menggariskan bahawa ketaatan kepada manusia ada batasnya iaitu selagi manusia tersebut tidak menyuruh berbuat maksiat. Maknanya ketaatan kepada manusia tidak mutlak sebagaimana ketaatan kepada Allah dan Rasul.
Seperkara lagi yang ingin saya nyatakan mengapa Mufti boleh menjadi ahli Umno tetapi Hakim tidak boleh di kalangan Bekas ahli PAS. Bekas ahli bukannya ahli, itupun tak boleh. Memang 'double standard'.
Inilah yang berlaku di mana Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau menarik diri setelah dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan Dato' Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.
Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Comments

singamaraja said…
Auuuum!

Sepatutnya seorang hakim tidak menyebelahi mana-mana pehak akan tetapi UMNO paksa mereka di samping beri apa-apa kat mereka