Sebaik sahaja nama bakal-bakal calon PAS dan PKR diumumkan kepada rakyat dan media beberapa hari sebelum penamaan calon PRU 12 lalu, ramai yang hairan dan tidak senang hati dengan pemilihan Jaguh Lompat, Ibrahim Ali untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas.
Penyokong-penyokong PAS ramai yang hairan dan pelik mengapa pemimpin PAS Kelantan memilih jaguh lompat ini sedangkan beliau dikenali ramai sebagai orang yang tidak tetap pendirian dan suka 'berbolak balik'.
Namun oleh kerana ahli dan penyokong PAS sudah ditarbiah mereka tidak membantah dan akur dengan tindakan pimpinan. Mereka tahu sudah tentu pimpinan atasan mempunyai sebab dan strategi tertentu mengapa jaguh lompat ini dipilih bertanding atas tiket PAS.
Saya pun ada pengalaman dengan Jaguh Lompat ini semasa beliau masih dalam parti Melayu Semangat 46. (Memang lagak dan caranya tidak sesuai dengan kita........itu sahaja yang boleh saya tuliskan).
Kini terbukti kebimbangan rakyat terserlah. Sejak akhir-akhir ini jaguh lompat ini menghentam PAS secara terbuka tanpa segan silu. Mungkin beliau ingin mencari tapak baru seiring dengan situasi politik semasa di mana Pak Lah akan mengundurkan diri dan Najib akan mengambilalih tampuk kekuasaan.
Hari ini Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan YB Datuk Takiyuddin Hassan meminta Ibrahim supaya meletakkan jawatan Ahli Parlimennya.
PAS yang tidak senang dengan kelantangan Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.
Takiyuddin juga berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS "seolah-olah beliau sahaja yang betul", lapor Bernama.
"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," beliau dipetik berkata semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
Comments
APA PUN PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.... FIKIR2 KAN DAN TERUS BERAMAL
Kan kah najib tu proksi TDM.
Ibrahim ali tu penyokong kuat TDM dan pernahpun jilat jubor TDM seperti sumpah yang dibuatnya satu masa dulu.
Sekarang dia sedang mencari dahan untuk melompat latu...faham-faham saja la.