MB HARAM PERAK TAK IKTIRAF PEGUAM TEMPATAN ~ Ref Malaysiakini

Tindakan MB HARAM Perak yang mencari tenaga pakar undang-undang dari luar bagi mempertahankan kerajaan Perak yang baru sahaja dilantik melalui rampasan kuasa oleh BN membuktikan bahawa beliau tidak mengiktiraf peguam tempatan.
MB HARAM ini seolah-olah memperlekehkan peguam tempatan sehingga terpaksa meminta bantuan dan kepakaran peguam luar.
Mereka sebenarnya tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan.
Selekeh sangat ke peguam tempatan sehingga terpaksa membelanjakan duit yang banyak untuk keluar negara.?
Inilah sebenarnya sikap BN yang sering melontar tohmah dan fitnat kononnya PR tidak patriotik dan tidak mengiktirafkan kepakaran dan produk Malaysia. Tetapi sebenarnya BN khasnya Umnolah yang sering menggunakan produk luar.

Comments