MB 'HARAM' ANGKAT BAKUL, MENANG MAJORITI BESAR SEBAB UNDI POS ~ Ref Malaysiakini

MB 'HARAM' Perak, Zambry Abdul Kadir cuba angkat bakul masuk sendiri, dengan menyatakan bahawa disebalik BN menerima kekalahan besar bagaikan Tsunami beliau bagaimanapun berjaya meningkatkan majoriti kemenangan pada PRU yang lalu.
"Saya berterima kasih kepada pengundi saya yang memberikan sokongan kepada saya. Saya tidak menyatakan saya adalah wakil rakyat terbaik yang dipilih, tetapi saya telah mendapat undi yang meningkat walaupun berlaku Tsunami. Malah ianya adalah majoriti tertinggi di kalangan calon BN di Perak kerana rekod perkhidmatan saya" kata Zambry.
Zambry berjaya meningkatkan majoritinya sebanyak 116 pada PRU lalu di DUN Pangkor. Beliau mendapat majoriti sebanyak 5785 undi.
Itulah yang sangat dibanggakan oleh Zambry. Namun mungkin ramai yang tidak sedar bahawa lebih separuh dari pengundi DUN Pangkor adalah undi POS yang sudah tentu 99% mengundi BN.
Jadi sesiapa pun yang bertanding di sana mewakili BN sudah pasti menang besar. Zambry tidak perlu mendabik dada sebab orang kampung semua dah tahu.

Comments

Anonymous said…
Ok,OK tengok PRU 13 nanti...bersedialah MB HARAM JADAH....Pangkor akan tersungkur...Perak akan kembali ke PR dengan majoriti lbih besar iaitu 2/3....insyaallah