Ternyata Malaysia menjadi syurga bagi kaki judi dan tahi judi. Ini amat memalukan negara kita yang kononnya mendaulatkan Islam Hadhari.
Tindakan Najib Razak yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu. Fenomena ini membuktikan bahawa Islam Hadhari adalah sesat dan menyesatkan sehingga judi yang jelas diharamkan oleh Allah menjadi HALAL di bawah pemerintahan BN Islam Hadhari.
Najib juga wajar diberi jolokan Bapa Judi Malaysia atas tindakan meluluskan lesen perjudian sebanyak itu. Tidak cukupkah dengan pusat-pusat perjudian yang sedia ada di mana seluruh pelusuk tanahair termasuk pekan-pekan keci dan pekan koboi juga dihuni pusat perjudian ini.
Inilah rupa sebenar bakal Perdana Menteri yang langsung tidak menghormati agama Islam dan sensitiviti umat Islam.
Satu demi satu kerja jahat dan HARAM dilakukan oleh bakal Perdana Menteri ini. Sesudah beliau mengepalai penyamun merompak kuasa di Perak kini beliau mengetuai pula para kaki judi memperbanyakkan lagi maksiat judi di negara kita.
Saya mengharapkan sedar akan hal ini dan bangkit menolak BN pada setiap kali pilihanraya selepas ini.
Isu ini terbongkar apabila Kementerian Kewangan memberikan jawapan bertulis mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.
Comments