LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN SEBELUM MASUK UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya memang bersetuju jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali masuk Umno semula. Ini kerana ianya amat sesuai dengan dirinya yang suka lompat melompat. Jika beliau benar-benar ingin kembali kepada Umno saya cadangkan beliau supaya dilantik menjadi Ketua Persatuan Wakil Rakyat Melompat yang mana ahlinya adalah ADUN Behrang, Jamaludin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Md Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.
Cuma satu sahaja harapan saya, sebelum Berahim masuk semula Umno beliau mesti melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kerana beliau menang di Pasir Mas atas tiket PAS bukan Bebas. Saya yakin jika beliau bertanding atas tiket Bebas sudah tentu beliau hilang deposit pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Jadi jika benar Berahim seorang yang bermaruah beliau meletakkan jawatannya. Namun saya yakin Berahim tidak akan meletakkan jawatan walaupun melompat semula menyertai Umno kerana baginya apa ada pada maruah jika beliau seorang yang bersifat demikian sudah tentu beliau tidak akan menikam PAS seperti yang beliau lakukan sekarang.

Comments