KERAJAAN 'HARAM' PERAK TUMBANG 3 MAC

Kerajaan HARAM BN Perak akan tumbang pada 3 Mac ini apabila Dewan Undangan Negeri Perak akan mengadakan sidang tergempar pada hari tersebut. Ini yang menjadi tanda tanya dan menjadi penantian seluruh rakyat Malaysia khasnya Perak.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Terdapat 2 usul yang akan dikemukakan iaitu usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.
Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku dalam sidang DUN tersebut :-

i) BN akan mendakwa Sidang itu tidak sah dan mungkin memulaukan Sidang DUN atas alasan Sultan tidak memperkenankannya dan juga Penasihat Undang-undang Negeri akan mendakwa ianya tidak sah.

ii) MB HARAM dan Exco serta 3 ADUN lompat tetap akan menghadiri sidang DUN walaupun dihalang dari memasuki Dewan dan ini akan mengujudkan suasana kelam kabut.

iii) Sidang akan berlangsung seperti biasa tanpa kehadiran semua ADUN BN termasuk MB dan Exco tetapi mereka akan mendakwa ianya tidak sah.

iv) Sidang DUN akan mengisytiharkan undi percaya kepada Nizar dan DUN akan dibubarkan.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Saya yakin Sidang DUN tidak akan dapat menyelesaikan kemelut politik di Perak. Hanya ada satu jalan sahaja iaitu Sultan memperkenan pembubaran DUN bagi memberikan laluan kepada Pilihanraya negeri dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Comments