KERAJAAN BN TERUS RAKUS KORBANKAN KAWASAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA


Bandaraya Melaka : Kerajaan BN negeri Melaka meneruskan traidisi memusnahkan kawasan perniagaan bumiputera demi untuk pembangunan.

Terbaru deretan gerai perniagaan bumiputera di Jalan Merdeka berhadapan Hotel Equitorial menjadi korban untuk dijadikan kawasan parkir. Kalau sebelum ini restoran dan gerai bumiputera di kawasan itu menjadi tempat menjamu selera para pelancong dan penghuni hotel kini semuanya sudah menjadi lipatan sejarah.

Apa yang dikesalkan semakin lama semakin sedikit kawasan peniaga Melayu di Bandaraya Melaka. Ini semua adalah akibat dari kerakusan kerajaan BN 'merampas' kawasan perniagaan bumiputera atas nama pembangunan yang terbukti tidak menguntungkan bumiputera.

Kawasan gerai dan restoran di Jalan Merdeka ini merupakan antara kawasan paling strategik dan berdaya maju untuk perniagaan makanan. Ini kerana ianya terletak ditengah-tengah bandar di mana lokasinya berdekatan dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Hotel Equitorial dan Jalan Melaka Raya yang menjadi tumpuan pelancong.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek kesal dengan tindakan kerajaan negeri ini yang langsung tidak mengambilkira kepentingan peniaga Melayu yang berniaga di situ.

"Inilah sikap kerajaan BN kalau ada mana-mana kawasan yang strategik mereka akan ambil tanpa mengira kepentingan bumiputera dan rakyat"

"Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku, sebelum ini kawasan berhampiran sebuah gereja di tepi Sungai di bandaraya Melaka juga dijadikan kawasan parking, semua peniaga di kawasan itu orang Melayu" tegas Bakrin kesal.

Comments

Anonymous said…
Salam sahabat, Pulau Pinang baru nak roboh gerai orang Melayu amno dah kecoh satu negara, tapi kat melaka ni dah berlaku mana pergi pengampu2 amno melayu keparat ni....... Konon tradisi membela rakyat. membela ke membelit rakyat, yang saya nampak sekarang amno banyak membelit rakyat. Sebelum PRU rakyat dah kena belit dgn kain batik dan gula sekilo tak pun beras sekampit, orang kita ni bila dah kena belit dengan kain batik, gula, beras dan lain2 lembik leher, lepas tu siap puji2 lg. Tapi lepas PRU dah menang ameno dan puak2nya belit lg rakyat dengan macam2 benda naik, dahlah naik tak tau bila pula nak turun, kalau sesiapa yg terbuka minda,fikiran dan ingatan perkara kenaikan harga barang pasti berlaku selepas puak2 ni mendapat mandat pada setiap kali PRU. Sedarlah wahai orang melayu(aku pun melayu)kita bukan dibela tapi dibelit....Fikir2kan lah.... mnm4774
Cherita saya ialah tentang papan tanda.
MBMB punya papan tanda tempat letak kereta ni kenapa Tak ada Beruk umno yang protest?
kenapa tak ada monyet muda umno protest?
Apa punya papan tanda " Car Park"? bahasa malaysia atau bahasa Pariah?
Mana orang bahasa dari Dewan Bahasa dan Putaka?

P.Pinang mau letak papan tanda yang dalam perbagai bahasa.Tak Boleh!
Melaka punya entah apa bahasa pariah..Boleh!

( Kalau nak pentingkan bahasa, sila guna kan dengan betul di peringkat kerajaan )