KERAJAAN BN TERUS JADIKAN RAKYAT SEBAGAI MUSUH

Kerajaan BN yang memerintah lebih 51 tahun di Malaysia terus menjadi rakyatnya sendiri sebagai musuh. Setiap kali rakyat berhimpun secara aman maka kerajaan akan mengarahkan Polis untuk membuat sekatan, halangan, provokasi dan sebagainya.

Rakyat dijadikan sebagai musuh. Langsung tidak berpeluang untuk menyatakan rasa tidak puashati secara anan dan professional.

Hari ini sekali lagi Kerajaan BN menunjukkan mereka ada kuasa dan boleh apa yang mereka suka. Kerajaan menggunakan Polis untuk bertempur dengan rakyat sendiri. Padahal banyak kerja lain yang sepatutnya dijalankan oleh Polis di mana indeks jenayah sekarang meningkat ke tahap yang sangat kronik. Malangnya Polis banyak menghabiskan masa dan wang rakyat untuk berdepan dengan rakyat yang membayar gaji mereka dan gaji menteri BN.

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Saya yakin jika kumpulan ini tidak dikacau, diganggu atau diprovok oleh orang tertentu sudah tentu mereka akan berarak secara aman dan damai. Tujuan mereka bukannya untuk membuat kacau tetapi sekadar untuk berarak sebelum membuat laporan Polis, itu sahaja.

Malangnya kerajaan dan Polis yang sememang setia membuta tuli kepada BN terus membuta dan memekakkan telinga tidak mahu belajar dari negara maju di barat yang berjaya menguruskan perarakan dengan aman tanpa kekecohan seperti ini.

Diberitakan ada peserta yang berarak di tangkap antaranya Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dan 18 yang lain turut menjadi mangsa Polis ditangkap dan dibawa ke balai.

Comments

Anonymous said…
dlm m'sia ni hanya mrk2 yg pertahankan umno sj bleh buat demo, dan disokong polis. yg lain x kira melayu,cina,india mmg akan kena kau2.