Kerajaan BN nampaknya tetap berdegil mahu meneruskan dasar PPSMI yang terbukti merugikan pelajar serta menjahanamkan Bahasa Melayu. Menteri Pelajaran hari ini berdolak dalik dalam hal PPSMI apabila menyatakan ianya masih dikaji dan memerlukan maklumbalas dari orang ramai.
Memang dasar pemimpin BN/Umno tidak boleh berfikir dengan rasional. Isu yang penting seperti ini pun mereka tidak dapat berfikir secara rasional.
Di saat hampir semua orang, NGO, parti-parti politik menentang PPSMI, pemimpin Umno masih terus ego tidak mahu mengaku kesilapan mereka memperkenalkan PPSMI beberapa tahun lepas. Sikaplah sebenarnya yang menyebabkan negara kita terus mundur, penuh dengan masalah, kacau bilau dan porak peranda serta berimej buruk di mata dunia.
Hari ini Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.
Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.
Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.
Gambar di atas sekadar hiasan.
Comments
1. Memang ianya projek bilion UMNO/BN dengan kroni mereka...saya mendapat tahu setiap satu pemasangan PPSMI TOOL di sekolah berharga lbh kurang dalam 15 - 20 ribu ringgit dengan pembekal tetap yg mendapt projek...Kroni UMNO /BN memang terlibat sama aktif dlm merebut projek bilion ringit ini...mana ada dikatakan nak tingkatkan penguasaaan BI....yg ada nak kaut untung je...mereka sedang mengorbankan anak anda demi WANG..
2. Selagi Mahathir hidup...PPSMI akan terus berjalan...UMNO/BN tiada keyakinan nak hapuskan PPSMI kerana takut Mahathir akan mengamuk...dan teruk dikerjakannya UMNO/BN nanti...tak mahu terjadi macam Pak Lah yg membatalkan projek kesayangan Mahathir...teruk dikerjakannya...nak hentikan PPSMI tunggu Mahathir MATI....
itu ajer...sila komen....