ISU TOL : KERAJAAN BN BERSANDIWARA

Kerajaan BN sekali lagi bersandiwara untuk menipu rakyat. Kali ini rakyat 'terkena' lagi dalam isu tol.

Memang kerajaan sebenarnya tidak mahu menaikkan harga tol kerana ditakuti rakyat benci dan menolak mereka pada PRK yang bakal menjelang. Namun kerajaan BN cuba menipu rakyat dengan membuat kenyataan harga tol akan dinaikkan di 5 tol dan keesokan harinya menarik balik keputusan tersebut. Ini akan dijadikan modal politik bahawa kerajaan prihatin akan masalah rakyat. Bukankah sedikit sebanyakmereka mendapat political mileage dari isu ini.

Padahal sebenarnya kerajaan memang ingin menampung masalah kenaikan harga tol ini dengan membayar konsesi kepada syarikat-syarikat tol terbabit. Jadi akibat takut dibongkar oleh PR maka kononnya kerajaan akan menaikkan tol dan kemudian menarik balik demi kepentingan rakyat. Jadi dengan lakonan sebegini sudah tentu kerajaan memikirkan bahawa rakyat tidak akan marah kepada kerajaan.

Padahal samada tol naik atau tidak naik rakyatlah yang menjadi mangsa. Cuma jika kerajaan membayar konsesi kepada syarikat tentu maka rakyat tidak terasa sangat tempiasnya. Yang jadi mangsa tetap kita rakyat biasa.

Comments