ISU KARPAL : SOKONG KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ

Saya menyokong pandangan dan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan tindakan Karpal tidak salah menggunakan perkataan celaka yang ditujukan kepada Pemuda Umno.
Tindakan Karpal mengeluarkan bahasa kasar itu menggambarkan bahawa beliau benar-benar marah kepada pihak yang menghantar surat kepada beliau. Sesiapa juga sudah pasti rasa tercabar, hilang sabar dan marah jika diugut sedemikian sehingga peluru pun dihantar kepadanya.
Tindakan beliau menuduh Pemuda Umno melakukan ugutan tersebut mungkin bersandarkan kepada kenyataan pemimpin dan ahli Pemuda Umno yang seolah-olah ingin bermusuh dengan beliau sehingga ada yang berdemonstrasi di hadapan rumah beliau di Pulau Pinang.
Saya juga kesal dengan sikap Pemuda Umno yang menceroboh Parlimen yang mulia. Tindakan Pemuda Umno ini boleh dianggap sebagai pengkhianatan paling buruk kerana mereka bukan sahaja menceroboh kawasan fizikal Yang di-Pertua Dewan dan ahli-ahli Parlimen malah lebih dari itu, menceroboh pemelihara fizikal perlembagaan negara dan semua yang dilindunginya.
Ketika Pemuda Umno bercakap untuk mempertahankan ketuanan Melayu, adab, kedaulatan raja-raja, Bahasa Melayu dan Islam, tidakkah mereka sedar bahawa mereka sendiri mestilah menjadi contoh dan menjunjung kesemua itu? Bukannya bertindak macam gangster dan penyamun menceroboh parlimen yang mulia.
Pemuda Umno mesti ingat bahawa Islam dan adat Melayu penuh dengan tuntutan supaya kita sentiasa memperlihatkan tingkah laku yang baik.
Apabila kita menuduh orang lain derhaka dan khianat kepada Sultan, tidakkah kita sedar bahawa Parlimen adalah persada yang sah kepada sistem raja berperlembagaan kita dan menceroboh tempat yang tidak harus disentuh ini adalah lebih serius dari menunjuk perasaan di luar istana.

Comments

Karpal chuma perli.
Karpal chuma ejek .
Singh tu memang Singa, dan singa memang raja hutan.
Kalau undang-undang orang dah jadi macham undang-undang hutan.
Patut lah Karpal jadi raja hutan.
Tak nampak ke parliament dah jadi zoo?

Saman Raja, Saman Sultan , saman Maharaja, saman Emperor, saman Czar, saman Napoleon...
Sila tunjuk bukti mana itu kertas saman.
umno mesti tunjuk bukti ada kah Singh saman raja.
Keratan dari suratkhabar Utusan Meloya dan keratan dari Berita Haiwan bukan lah bukti kukuh dan bukan nya kertas fail saman di mahkamah.
Itu chuma bahan bukti yang cukup baik untuk jadi kertas bungkus taik kuching.

Cabar lah Singh itu cara beradat , ikut lah cara "towering malay".
Dan bukan lah dengan cara hantar 20-30 ekor monyet muda & berok muda untuk lanyak satu Singa .
Hebat sangat ke lanyak satu Singa yang tempang?Hebat ke "feel" lanyak satu Singa yang kian uzur?
Ini bukan cara Hang Tuah, ini namanya cara Hang Taik.

Parliament Negara Malaysia bukan nya untuk ganti Zoo Negara Malaysia.

Wow, hebat nya "feel" ana jadi lawyer buruk .
Pak Brahim said…
Khun Pana... hang patut kata macam tu.. ada 'feel' tak pa.. lepas tension, saya suka 'feel' macam tu.

Hanya samseng saja yang boleh berlagak macam samseng.

Dah tentu ejekan YB Karpal tu kena pada batang hidung mereka dan kebarangkalian tuduhan itu betul berdasarkan apa yang telah mereka lakukan.

YB Karpal tidak perlu tunjuk bukti kerana buktinya telah mereka sendiri buktikan melalui tindakan samseng tersebut. Itulah jugalah sebabnya beliau menasihatkan Khairi supaya belajar dekat bapa mertuanya bagaimana nak jadi MP yang matang.

Rakyat Malaysia akan lebih matang melalui pelajaran krisis politik tanag air. Allah mengajar kita melalui krisis, penghijrahan, reformasi, peperangan, perselisihan faham dan sebagainya.

Jalan penyelesaianya hanyalah kembali kejalan yang Allah tunjukkan dengan merujuk kepada ajaran Al-Quran dan Hadith SAW. Iaitu jalan yang benar dan selamat.