GURU-GURU DIHALANG HADIRI CERAMAH GMP MALAM INI ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat maklumat bahawa beberapa buah sekolah mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak menghadiri ceramah Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Dataran Hamas, Simpang Kemendor, Jasin malam ini.
Terdapat sekolah di negeri ini yang meminta guru-gurunya menandatangani surat akujanji TIDAK HADIR pada ceramah penerangan GMP malam tadi. Ianya ditandatangani di hadapan Guru Besar sekolah terbabit.
Selain itu di dalam laman web Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dimuatkan 'statement' berbunyi "Berkaitan surat PAS 139/1.06(66/09) Majlis Penerangan Bantahan PPSMI 26 Februari 2009 jam 8.00 malam. Pejabat Pelajaran Daerah Jasin memaklumkan KEHADIRAN SEMUA WARGA PENDIDIK adalah tanggungjawab Tuan/Puan sendiri. Harap maklum. Terima Kasih."
'Statement' walaupun tidak menegah warga pendidik untuk hadir namun ianya seolah-olah suatu gertakan kepada mereka supaya jangan hadir.

Apa motif Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Guru Besar sekolah-sekolah terbabit yang begitu takut kepada ceramah ini. Bukankah guru-guru semuanya cerdik dan boleh menilai samada isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah benar atau salah. Guru-guru sebagai rakyat Malaysia yang merdeka juga berhak untuk mendengar pandangan GMP.
Tindakan ini merupakan penghinaan kepada Guru-guru, seolah Guru Besar dan Pejabat Pelajaran memperlekehkan keintelektualan guru-guru untuk membuat keputusan samada menyokong atau membantah PPSMI.

Terbukti Kementerian Pelajaran tidak telus dan professional dalam hal PPSMI. Sedangkan Menteri Pelajaran memberitahu hari ini bahawa PPSMI sedang dalam kajian semula. Jadi apasalahnya untuk guru-guru hadir mendengar pandangan tokoh-tokoh akademik dan bahasa kita tentang isu PPSMI ini.

Nampak jelas bahawa kerajaan BN dan menteri serta Jabatan Pelajaran tidak berjiwa besar dalam isu ini, sentimen politik masih mengatasi segala-galanya. Sedangkan GMP bukanlah platform politik mengapa Kementerian begitu takut sehingga menghalang guru-guru untuk menghadiri program GMP.

Comments

Anonymous said…
Senang saja. Kan guru2 ini government servant? Mereka berkhidmat untuk kerajaan (read: BN) Kalau mereka di cekup oleh "kuncu2" hishammuddin, of course mereka akan kehilangan kerja. -_-
Walaupun saya tak sokong, tapi guru, cikgu , pendidik, ibu bapa dan murid mesti hadir untuk bincang.
Ini ialah untuk tentu kan arah tuju .
Setuju dan yang tak bersetuju mestiada kan rundingan untuk tunjuk di mana kelemahan dan di mana ke baikan.

Ini bukan kes guru di halang, tapi guru di "hilang'kan.
Guru pon ada anak .Tapi menteri punya anak belarja di mana?
menteri punya anak bersekolah di mana?
Anonymous said…
Bodoh takkanlah hadir ceramah PPSMI kena buang kerja memang dasar penakut dan pengecut