EKONOMI MERUDUM VS GAMBAR BOGEL ELIZABETH ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini media lebih berminat untuk mensensasikan cerita/gambar bogel Elizabeth Wong berbanding isu lain yang lebih meruncing umpamanya isu ekonomi, kemelut politik di Perak, kenaikan harga barang, penukaran kepimpinan negara dan sebagainya.
Tujuan isu ini disensasikan tidak lain tidak bukan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat dan juga sampai ke tahap kerusi Exco dan ADUN dikosongkan. Objektif dan tujuan isu ini dibesar-besar kelihatan semakin dekat untuk dicapai kerana Elizabeth sendiri sudahpun mengemukakan surat perletakan jawatan untuk kedua-dua posisinya itu.
Selain itu ramai pihak faham bahawa objektif lain mengapa isu ini disensasikan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu sebenar yang sedang melanda negara iaitu isu ekonomi yang parah.
Jadi apabila rakyat dihidangkan dengan isu panas seperti gambar bogel ini maka rakyat mungkin melupakan sejenak masalah-masalah yang melanda negara dan rakyat. Setiap hari rakyat diasak dan disumbat dengan berita sensasi ini sehingga mereka tidak ingat tentang isu lain.

Comments

http://pkrpasdap.blogspot.com

ekonomi merundum sebab negeri diperintah oleh pakatan..tak tahu nak panggil pelabur...

EXCO pula sibuk cari anak ayam...puaskan diri tahu..

rakyat tak ada kerja bagus juga sebab ramai aakn dengar ceramah pakatan..buat rusuhan sana-sini...
Ada kah isu gambar Eli Wong yang pakai sarong semasa tidur jauh lebeh besar dari isu VKLingam,isu Altantuya,isu Perak , isu gegala rasuah, isu mat rempit , isu pendatang tanpa izin di Sabah dan Sarawak ,isu jenayah berat yang bertambah , isu ribuan rakyat yang di berhentikan kerja dan isu ekonomi negara.

Tak pernah PR bertolak ansur dengan mana-mana ADUN atau MP dari PR yang terlibat dengan rasuah dan tidak bermoral. Apa yang "abe MIE Terjah" ni nak tunjuk?
Yang mohd mohd taib bawa lari anak perempuan Sultan itu kira okay dan bermoral tinggi dan memang ikut budaya Melayu?
Yang bekas KM melaka rahim thambi chik entut-entut budak bawah umur kira ikut cara Islam , bermoral tinggi dan berbudaya Melayu?
Nak beli eurocopter dengan 2 kali ganda harga asal angkara siapa?

Saya lebeh rela dengar ceramah PAS , ceramah DAP , ceramah PKR , ceramah YM Raja Petra dan ceramah Anti ISA daripada tengok berita rtm dan tv3.
Rusuhan? Hindraf pun tak pernah buat kacau , ada kah engkau diganggu.
BERSIH ada rusuhan masa serah memo keistana dan ganggu engkau?
Anti ISA yang baca doa dan nyala lilin ada rusuhan dan ganggu engkau?
Anti TOLL di Mahkota Cheras ada kacau engkau?

Soal ekonomi negara siapa yang jadi menteri duit?
Kerajaan negeri tidak terlibat secara langsung dalam hal jaga duit.Malahan ada minta sokongan dari kerajaan pusat.
Tanya lah rosmah dan najib.
'Our economy have no problems, fundamental very strong" ini siapa yang cakap?

Banyak di antara para tulisan komen-komen yang tulis untuk syiok sendiri sahaja tanpa tahu latar belakang apa yang di komen.
Orang komen, dia pun mahu komen.
Susah untuk dapat komen yang ada mutu.
Anonymous said…
Bangsa melayu

Aku setuju dengan Khun Pana Aka Johanssm, mengapa setengah bangsa melayu menindakkan yang benar, menganguk dan bersetuju pada yang tidak benar??? wake up abang MIE TERJAH, awak sedang menerjah kemana??? Teringat pulak kata Hang Tuah "tak kan melayu hilang di dunia" Melayu tak hilang di dunia tapi bangsa melayu sendiri yang menghilangkan diri gara gara hendak menjadi kaya. Ekonomik Malaysia dah merudum sapa yang patut di persalahkan???? Asyik sibuk nak merebut dan merampas hak orang lain sehingga Malaysia sekarang dah jadi topik bahan bualan dari negara negara lain. Ada baiknya kita malu dengan diri sendiri dari di permalukan oleh orang luar di atas Politik yang kebudak budakan. Kata Hang Jebat Raja adil raja di sembah, raja zalim di sergah.