DEBAT PPSMI : HISHAMUDDIN KECUT PERUT ~ Ref Malaysiakini

Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein ternyata takut untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI. Hari ini beliau membuat kenyataan bahawa debat tersebut tidak perlu kerana Kementeriannya masih dalam kajian tentang masa depan PPSMI.

Hishamuddin berkata kementerian masih dalam proses kajian tentang polisi dan sedang mengambil maklumbalas dari lebih ramai orang.

Terbukti Hishamuddin memang seorang yang penakut kerana dalam sejarah politik dan perdebatan di dalam negara Hishamuddin tidak pernah sanggup untuk berdebat dengan pimpinan Pemuda PR berbanding Naibnya Khairynya yang lebih berani dan bertanggungjawab.

Mungkin perwakilan Umno menilai adakah Hishamuddin sesuai untuk diundi bagi jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan Umno bulan depan. Ini kerana beliau jelas tidak mempunyai sifat seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berani berhadapan dengan rakyat.

Comments