CERAMAH ISU SEMASA YANG DITUNGGU-TUNGGU

Bukit Katil : Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Dato' Hj Mahfuz Omar akan menyampaikan ceramah isu-isu semasa pada 1 Mac ini di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil dekat sini.
Ianya akan bermula pada jam 9.00 malam.
Ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka memang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat bagi mendengar penjelasan isu semasa terutama isu berkaitan kemelut politik negeri Perak, pembatalan kenaikan harga tol, gangsterisme Pemuda Umno, kejahatan dan kebiadapan Umno ingin merompak kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Selain Dato' Hj Mahfuz, 3 orang penceramah lain adalah Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San, Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Melaka, Khalid Jaafar.
Selain itu PAS Kawasan juga akan mengadakan kenduri kesyukuran kemenangan PAS pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini.
Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir untuk memeriahkan majlis kenduri dan ceramah tersebut.

Comments