BUKAN SPEAKER PERAK AMAL DESPERADO TETAPI BN YANG BERTINDAK DEMIKIAN ~ Ref Malaysiakini

Tindakan Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar menggantung MB dan 6 Exco Perak adalah bertepatan dengan bidang kuasa yang dipunyai oleh Speaker tersebut.
Tidak timbul masalah desperado sebagaimana yang digambarkan oleh media dan pemimpin tertentu.

Sebenarnya BN lah yang mengamalkan politik 'desperado' dengan merompak kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu. Speaker berkuasa untuk menentukan perjalanan Dewan supaya ianya berlangsung dengan baik dan menepati undang-undang dan peraturan Dewan. Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel.
Di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.
Speakernya menggantung beberapa orang ahli Parlimen Malaysia antaranya Karpal Singh, Fong Po Kuan dan lain-lain. Malah Po Kuan pernah digantung beberapa bulan. Selain itu Speaker DUN Selangor juga pernah menggantung Ketua Pembangkan DUN Selangor Teng Cang Kim pada penggal lalu kerana dituduh menghina dan tidak menghormati Dewan.
Dalam kes ini Speaker bukan menghukum MB dan Exco sendirianya tetapi beliau menghukumnya setelah mereka dihadapkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mengambil keputusan setelah meneliti tindak tanduk MB dan Exconya yang mencemarkan nama DUN Perak.
Keputusan tersebut diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan. Mereka juga telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri. Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media yang menyatakan Speaker menggantung MB dan Exconya adalah politik desperado adalah tidak benar.

Speaker dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN adalah bertindak mengikut peraturan Dewan seperti yang termaktub mengikut perkara 72 (1), (2), (3); 78(3) dan 89 iaitu :-

72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.

(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.

78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.

89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Comments

Ini dah semacham main "chess board game' catur.

Ingin sangat untuk "check" , umno pakai katak tak ber wibawa dan yang berasuah dari PR .

Ingin sangat untuk "checkmate" , umno perkuda kan polis, spr ,sprm ,wang ber juta-juta untuk "sewa beli" se orang nescafe bernama Hee, sultan dan mana-mana raja .

Tapi nanti dulu , tunggu dulu.
Sila bacha perlembagaan .
Perlembagaan yang ori dah lama lapuk masa , tukar pindah dan dah berlobang-lobang sepanjang 51 tahun .

Terimah kaseh kepada umno lah.
Oleh kerana tu ,Tuan Speaker dari Perak boleh tendang keluar mana-mana Adun keluar dari dewan tanpa rujuk-rujuk dari sesiapa pon.

"CheckMate" kian jadi Stalemate.
umno pon terus layang ke kota London.
Konon nya, nak cari Queen's Counsel dan mungkin cari Sufiah Yusof .
Siapa yang tak kenal Sufiah oi?

1- kalau dah dilantek oleh sultan jadi MB yang halal, sepatut lah pergi Kota Medina dan bukan pi London.

2- Kalau betul nak telus dalam politik sama sama lah dengan PR mintak bubar dewan .
Baru lah dapat MB yang sah dan kerajaan yang sah.

3- Chess Game pon ada undang-undang.
Chess Game ada raja , ada permaisuri,ada satria, raja muda...sama dengan hal istana.
Main lah dengan ikut undang-undang cara gentleman.

tapi referee / Tuan Speaker bolih over rule dalam chess game di tanah melayu.
terimah kaseh pada umno.hahaha
SiamangBukit said…
1. Isu hanya berkenaan hak-hak dan kebebasan dewan.
2. Speaker tidak boleh jatuh hukum berdasarkan perkara yang berlaku diluar yang tiada berkenaan dengan hak-hak dan kebebasa dewan.
3. Harus dibentangkan dulu di dewan
4. Ada unsur Mala fide iaitu bad faith. SPeaker hasru bersikap bekecuali
5. Bila kasi orang Klingon memerintah itu lah dia. Orang Melayu menang sorak kampung tergadai. China memperkudakan Melayu PAS dan India. Siapa yang bodoh.AJK Hak2 dan kebebasan dewan majoriti China.
Harap tuan bukan berasal dari Tanjung Koling.
Apakah Speaker Dewan Parlimen akan juga gantung Brother Anwar Bin Ibrahim (aka B.A.B.I bukan BABA)atas sebab cubaan yang sama?
Jangan lupa siapa yang start lompat melompat kali ini. Dan MB dilantik oleh Sultan kalau nak ikut kehendak rakyat DAP yang patut jadi MB. PAS dapat jadi MBpun atas budibicara Tuanku melalui perlembagaan.
Banyak kes boleh dibawa terhadap Speaker . Iaitu isu tidak taat pada Raja dan perlembagaan.
Jangan tepok tangan dulu.
PAS rakus kuasa dan telah sesat selama2nya. Taubat ler.
Anonymous said…
woi malaun......kalau DAP jd MB kat perak ko banyak bunyik plak...nnti kate sultan x adil plak lantik MB cina atau india kat negeri yg majoritinye melayu...bile org pas jd MB pun x kene...ap mslh ko ni....aku rs kalau barua2 umno ko ataupun barua2 bn ko jd MB kat perak baru berhenti menyalak ke???