BAHASA MELAYU SEMAKIN TERKEBELAKANG ~ Ref Malaysiakini

Akibat kedurjanaan dan kebodohan BN kini Bahasa Melayu semakin terkebelakang bukannya semakin berkembang.

Dua ensaiklopedia Times yang ditulis pada 1993 dan New York Almanak (1997) menyatakan Bahasa Melayu mempunyai peluang besar menjadi antara 12 bahasa yang digunakan sebagai bahasa ilmu di dunia.

Namun kerana BN terlalu tergopoh-gapah ingin juga mengajar pelajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris menjadikan Bahasa Melayu surut ke belakang, bukan bergerak ke hadapan. (Fakta ini diperolehi dari ucapan YB Salahuddin Ayub di Parlimen).

Inilah satu dari sejarah kebiadapan dan kedurjanaan BN khususnya Umno dalam sejarah Malaysia.

Rakyat seharusnya bangun bangkit berdiri di belakang Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bagi menyedarkan kerajaan BN akan kesilapan mereka dan kembali memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita.

Andaikata BN terus berdegil mari sama-sama kita menolak BN pada PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Comments