APA NAK JADI DGN MALAYSIA, KETUA HAKIM PUN DIDAKWA RASUAH? ~ Ref Malaysiakini

Sistem pentadbiran negara kita semakin caca marba. Orang yang menjadi pengamal undang-undang dan penguasa undang-undang nombor satu dalam negara iaitu Ketua Hakim Negara juga didakwa terlibat dengan rasuah.
Semalam Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh mendakwa beliau mempunyai keterangan untuk membuktikan yang Ketua Hakim Negara Tan SriZaki Azmi, terlibat dalam rasuah.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP, mendakwa Zaki telah dengan jelas membuat pengisytiharan mengenai perkara itu di Kuching pada 7 November tahun lepas tetapi kemudian menafikannya.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, Karpal turut memperdengarkan rakaman kononnya memuatkan percakapan Zaki mengenai perkara itu di Kuching.

"Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk tentukan adakah dia salah, atau adakah dia layak meneruskan sebagai Ketua Hakim Negara...lebih elok kalau dia sendiri dengan rela letak jawatan," katanya
Mengapa ini terjadi? Semua adalah kerana kerajaan yang ada pada hari ini melantik seseorang untuk jawatan tertentu bukan disebabkan kompetensi, integriti, karisma, personaliti tetapi atas kapasitinya sebagai proksi atau kroni kepada pemerintah. Akhirnya ramai yang tidak layak dan tidak berintegriti dilantik ke jawatan penting.
Inilah yang menjadi amalan di negara kita. Akhirnya sistem pentadbiran negara terbukti tidak berintegriti, lembah, rasuah, berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan seribu satu macam perkara negatif berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan kerajaan BN yang memerintah sekarang.
Saya menggesa kerajaan BN menghentikan amalan ini serta merta supaya negara dan rakyat tidak terus hancur dan musnah.
Namun jika kerajaan BN masih berdegil maka rakyat mesti menghukum kerajaan BN pada Pilihanraya Umum akan datang dengan menukar kerajaan.
Langkah pertama rakyat Malaysia ialah mempastikan pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menolak BN. Kalau boleh calon BN mesti dihilangkan depositnya di kedua-dua kerusi ini.

Comments

yeop said…
Kita semua manusia, sekali-sekala akan membuat kesilapan juga. Cuma sultan Perak je orang BN kata dia betul semua sebab bekas hakim