Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.
Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO.
Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka.
Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini.Iskandar A. Samad 2 Februari 2009.
Exco Kerajaan Negeri Selangor
2 Feb 2009
Comments
Oleh itu pilihanraya kecil tiga Bukit ini boleh dikatakan sebagai tanda penerimaan atau penolakan rakyat kepada Najib sebagai PM.
Oleh itu pilihanraya kali ini tidak ada kena mengena lagi dengan Pak Lah, melainkan kalau calon BN yang dipilih itu memang orang Pak Lah seperti di KT yang lepas.
Najib perasuah terhebat abad ini!
Penyalahgunaan kuasanya memang menggerunkan!
Banyak org hilang!
Tak mustahil ada yang mati, jika hasratnya tak tercapai!
Kalau takut, semua kena isytihar masuk BN! sekarang juga!